Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PENDIDIKAN KHAS ) - Coggle Diagram
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PENDIDIKAN KHAS )
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama serta sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan ataupun individu.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BOLEH DIGUNAKAN ADALAH :
Pendekatan analisi tugasan
Pendekatan belajar melalui bermain
Pendekatan pengajaran bertema
Pendekatan pembelajaran pengalaman
Pendekatan pembelajaran masteri
Pendekatan kolaborasi
Aktiviti luar bilik darjah
PENDEKATAN ANALISIS TUGASAN
Proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid.
Dapat membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan yang konsisten dan nilai tahap pencapaian murid.
LANGKAH - LANGKAH PENYEDIAAN ANALISIS TUGASAN
Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap keupayaan.
Huraian secara ringkas kemahiran yang terpilih.
Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil.
Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan kebolehan murid.
Guru menjalankan analisis tugasan.
Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai kemahiran yang diajar.
Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat menguasai kemahiran yang diajar.
PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas iaitu bermain amat ditekankan kerana ia merupakan keperluan murid.
Murid akan melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok.
Selain meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin
tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
CIRI - CIRI PENDEKATAN BERMAIN SAMBIL BELAJAR IALAH :
Aktiviti yang menyeronokkan.
Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.
Permainan bebas dan terancang.
Keanjalan masa.
Percubaan idea sendiri.
Peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN
Berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu dan meningkatkan arah kendiri individu dimana murid diberi peluang untuk menilai
keupayaan diri sendiri.
PERLU MENJALANKAN PERANAN BERIKUT:
Menentukan suasana yang positif untuk proses pembelajaran.
Menjelaskan peranan murid dalam tugasan.
Memastikan sumber untuk proses pembelajaran ada dan mudah diperolehi.
Menyusun sumber untuk proses pembelajaran.
Seimbangkan komponen intelek dan emosi dalam pembelajaran.
Berkongsi perasaan dan pemikiran dengan murid tanpa menguasai dan mengongkong mereka.
PRINSIP PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN:
Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta kumpulan.
Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid.
Guru perlu menjelaskan tentang tugas atau aktiviti yang akan dijalankan dengan murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada murid.
Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman.
Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat tentang apa yang dibuat atau
dipelajari.
Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.
PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA
Pendekatan pengajaran bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas.
Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran murid.
MENGAMBIL KIRA PERKARA BERIKUT
Kesesuaian dengan kehidupan murid.
peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.
Kemahiran yang diperolehi daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah.
Kemahiran yang diperolehi daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah.
Mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid.
MELIBATKAN PERKARA BERIKUT :
Penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang
pembelajaran.
Pemilihan tajuk berasaskan kesesuaian tahap murid situasi tertentu atau peristiwa semasa.
Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru diperolehi secara tersusun dan sistematik.
Perluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran.
Pemeringkatan daripada mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih khusus.
PERKARA YANG PERLU DILAKSANAKAN
Sumbangan berdasarkan topik oleh murid.
Kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna.
Mencipta peta minta untuk tema.
Merancang dan menggalakan kemahiran berfikir.
Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan dengan tema.
PENDEKATAN KOLABORASI
Latihan kemahiran kerja
Bengkel terlindung
Pelbagai kaedah terapi
LATIHAN KEMAHIRAN KERJA
Diberi pendedahan kepada murid bermasalah pembelajaran.
Matlamat utama adalah untuk memberi kemahiran kendiri,
komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam kehidupan.
LATIHAN KEMAHIRAN KERJA TERBAHAGI KEPADA:
Latihan dalaman - kerja projek
Latihan kerja yang melibatkan luar atau kerja luar
Latihan kerja sebenar
LATIHAN DALAMAN - KERJA PROJEK
Melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.
Contohnya:
Perkebunan dan penjualan hasil tanaman.
Aktiviti perdagangan (membuat aiskrim, biskut, kek,
memelihara ikan, burung dan lain-lain)
LATIHAN KERJA YANG MELIBATKAN LUAR ATAU KERJA LUAR
Mendapat barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan
(assemble) dalam waktu persekolahan.
Membuat barangan tertentu.
Contohnya:
Hasil kraftangan murid(batik, bunga telur dan lain-lain)
LATIHAN KERJA SEBENAR
Wujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja
seperti mencuci kereta, mendobi dan lain-lain yang
dibuat di sekolah.
Murid dihantar bekerja di tempat sebenar
danpemantauan dibuat oleh pegawai kerja.
PELBAGAI KAEDAH TERAPI
Terapi pertuturan
Terapi fizikal
Terapi carakerja
Terapi muzik
TERAPI PERTUTURAN
Membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Melatih murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui
latihan asas tertentu.
Aktivti yang dijalankan:
Latihan lisan
Meniup belon
Meniup kertas diatas air
Mengetap bibir dan sebagainya
Dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang terlatih.
TERAPI FIZIKAL
Membantu murid yang mempunyai masalah kawalan motor.
Dilaksanakan dapat meningkatkan lagi perkembangan
kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan
kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
TERAPI CARAKERJA
Membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.
Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional atau kerjaya.
TERAPI MUZIK
Bertujuan mententeramkan murid supaya bersedia untuk
belajar.
Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
Digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang
terapis.
Aktiviti yang dijalankan:
Pergerakan bebas mengikut irama muzik.
Memainkan alatan muzik mengikut rentak yang
diperdengarkan.
Menghayati irama.
Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk
menghasilkan bunyi.
Satu irama muzik akan terhasil daripada bunyi-bunyi yang digabungkan.
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAR
Aktiviti dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk:
Memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman
sebenar.
Rekreasi.
Bersosialisasi dan berkomunikasi.
Aktiviti yang menggembirakan.
Penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.
Aktiviti bebas dan terancang.
Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti rekreasi melibatkan:
Lawatan
Motivasi
Perkelahan
Berkuda
Berenang
Aktiviti jual beli
Lawatan sosial
Perkhemahan
BENGKEL TERLINDUNG
Untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan pekerjaan
kepada individu yang berkeperluan khas.
Untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan pekerjaan
kepada individu yang berkeperluan khas mempunyai perjanjian dengan agensi
yang memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya.
Bengkel terlindung tidak mementingkan keuntungan tetapi lebih kepada pengalaman bekerja individu,menanam minat, memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.
PERLU ADA:
Penilaian kemahiran vokasional
Latihan bekerja secara umum atau khusus.
Memberi peluang latihan kepada individu yang
berkeperluan khas.
*Peluang untuk berekreasi.
*Perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa
hadapan.
Bekerja dalam jangkamasa panjang sebelum mendapat
pekerjaan lain.
PENDEKATAN PENGAJARAN MASTERI
Untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan masa yang panjang untuk
menghasilkan pendidikan berkualiti.
KEPERLUAN PELAKSANAAN:
Guru perlu menyedari:
Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain.
Murid memerlukan pendekatan pendidikan yang sesuai dan berkesan.
Murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang diajarkan.
PRINSIP ASAS MASTERI
Pembelajaran dipecahkan kepada unit yang lebih kecil supaya mudah untuk dikuasai.
Masa pengajaran perlu mencukupi untuk menguasai kemahiran.
Arah guru perlu jelas.
CIRI - CIRI PEMBELAJARAN MASTERI
Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran mesti sesuai dengan tahap penguasaan murid dan berkaitan dengan
kemahiran yang dipelajari.
Murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
Aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai aras masteri.
Aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.