Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 9 (Budaya dan Hubungan Etnik Di Malaysia)(Muhammad Luqman Bin Mohd…
Bab 9 (Budaya dan Hubungan Etnik Di Malaysia)(Muhammad Luqman Bin Mohd Nazar, 57214221057)
9.1) Konsep Kebudayaan
- Kebudayaan ialah cara hidup yang merangkumi nilai, tingkah laku, simbol dan segala sifat yang lazimnya dikongsi oleh sesuatu kelompok.
- Kebudayaan ialah sesuatu yang dikongsi oleh ahli masyarakat tersebut.
- Mekanisme utama yang membantu proses perkongsian adalah bahasa.
- Melalui bahasa, idea dan nilai sesuatu masyarakat itu disampaikan kepada ahli masyarakat yang lain dengan lebih mudah dan teratur.
-
-
9.2) Definisi Kebudayaan
- Edward B. Tylor mendefinisikan budaya sebagai:
- Satu keseluruhan yang kompleks yang terangkum di dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang", adat resam dan lain" kemahiran dan kebiasaan yang diperoleh manusia sebagai anggota masyarakat.
- Bronislaw Malinowski pula mendefinisikan bedaya sebagai:
- Ciptaan manusia dalam usahanya untuk memenuhi keperluan hidup sama ada berbentuk material atau bukan material
- Koentjaraningrat memberi pengertian kebudayaan dengan:
- Kata dasar budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Buddhayah iaitu kata jamak bagi Buddhi yang bermaksud Budi atau Akal.
-
-
-
9.3) Komponen Kebudayaan a) Artifak
- Komponen ini merangkumi semua ciptaan manusia yang berbentuk fizikal termasuk teknologi.
- Artifak yang terdapat dalam sebuah mencerminkan nilai kebudayaan masyarakat tersebut.
- Sebagai contoh dalam masyarakat melayu, keris ialah harta yang sangat berharga.
- Artifak juga mencerminkan tahap teknologi masyarakat tersebut.
- Sebagai contoh, masyarakat primitif menggunakan artifak seperti sumpit untuk berburu.
b) Mentifak
- Terbahagi kepada lima komponen:
- Pengetahuan
- Nilai
- Kepercayaan
- Norma
- Simbol
c) Sosiofak
- Merujuk kepada cara sesebuah masyarakat berinteraksi dan menjalani kehidupan yang dizahirkan dalam budaya dan pelbagai institusi sosial
- Institusi adalah konsep sosiologi yang agak luas makna dan penggunaannya.
- Institusi agama
- Institusi keluarga
- Institusi pendidikan
-
-
9.4) Kepelbagaian Budaya a) Subbudaya
- Merujuk kepada pola kebudayaan yang membezakan segmen tertentu bagi populasi sesuatu masyarakat
- Contoh subbudaya:
b) Lawan - Budaya (Counterculture)
- Merujuk kepada pola kebudayaan kelompok tertentu dalam sesuatu masyarakat yang menolak pola kebudayaan yang diterima oleh kebanyakan anggota masyarakat
- Contoh counterculture:
- Hippie di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an
- Punk dan Militer di Malaysia
c) Budaya Tinggi & Budaya Popular
- Budaya tinggi merujuk kepada pola kebudayaan kelompok elit atau kelas bangsawan di dalam sesuatu masyarakat
- Budaya tinggi sering dikaitkan dengan muzik, seni lukis, tarian, pakaian, tingkah laku yang dipraktiskan oleh golongan elit
- Kebudayaan popular merujuk kepada kebudayaan yang terdapat dalam kalangan rakyat biasa.
- kebudayaan popular di Malaysia wujud daripada kebudayaan popular Barat.
-
-
-
9.5) Kebudayaan Kebangsaan
- Tiga objektif utama:
- Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
- Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
- Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
- Tiga prinsip utama:
- Berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini
- Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan
- Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
-
9.6) Penerimaan Budaya
- Masyarakat Malaysia melalui proses sosialisasi menerima kepelbagaian budaya yang diamalkan dalam kehidupan seharian
- Amalan budaya masyarakat berbilang kaum semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat, khususnya dalam generasi muda
- Semangat penerimaan kepelbagaian budaya ini sekali gus membolehkan masyarakat Malaysia hidup dan menikmati kesepaduan dan kepelbagaian
-