Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Institusi Ekonomi - Coggle Diagram
Institusi Ekonomi
Cukai
Kharaj
Jizyah
Baitulmal
ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN
PENGURUSAN BAlTULMAL
Harta zakat baitulmal diagihkan kepada penerima zakat yang layak (8 golongan asnaf) termasuk fakir miskin. Sebagai penyimpan harta zakat, lebihan zakat di baitulmal akan digunakan untuk kebajikan orang awam.
Sumber utama baitulmal termasuk pendapatan zakat harta benda seperti emas, perak, zakat pertanian dan ternakan dari umat Islam
Jizyah dari orang bukan Islam dan kadarnya adalah 12 hingga 48 dirham.
Dikecualikan kepada golongan tertentu seperti orang tua, kanak-kanak, wanita dan lain-lain
Zaman khalifah Umar al- Khattab, sumber baitulmal digunakan untuk urusan pembayaran gaji pegawai kerajaan, tentera dan bayaran pencen.
SUMBER BAITULMAL
HARTA NEGARA
Cukai Kharaj
Jizyah
Ghanimah
Al- Fay
Harta Karun
HARTA UMUM
Hasil usaha masyarakat seperti perlombongan, perusahaan,perniagaan atau pertanian
Harta ini dijadikan zakat atau sedekah ataupun hadiah oleh individu
HARTA MASYARAKAT
Zakat Fitrah
Zakat Harta
Sedekah
Wakaf
PENTADBIRAN BAITULMAL
Khalifah mengetuai pentadbiran baitulmal pusat di Madinah manakala gabenor mengetuai pentadbiran baitul di peringkat wilayah
Pada zaman Khalifah Umar, penggunaan buku kira-kira diperkenalkan bagi merekod sumber masuk dan keluar dari baitulmal.
Buku kira-kira ini menjadikan pengurusan baitulmal lebih cekap dan berintegriti.
ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN
Khalifah Umar Bin Al-Khattab
Institusi baitulmal ditubuhkan secara rasmi
melaksanakan pengurusan baitulmal secara sistematik dengan menyediakan buku kira-kira negara
mengharamkan sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi kerana harta baitulmal merupakan amanah Allah SWT
Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitulmal
Khalifah Uthman bin Affan
timbul kontroversi mengenai pengurusan baitulmal
dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan ahli keluarganya kerana menaikkan kadar cukai, tidak mengagihkan harta rampasan perang dan berbelanja boros
terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawan
menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan bangunan baitulmal secara rasmi
Khalifah Abu Bakar Al Siddiq
pada zaman beliau wjud baitumal tidak rasmi
pada waktu itu pengurusan baitumal mudah dan tidak rumit
baitumal dapat dilihat apabila beliau menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad iaitu tanah fadak dan khaibar kepada baitumal
ketika Khalifah Abu bakar hampir meninggal dunia dia telah berpesan keta umar al khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 8000 dirham untuk dimasukkan ke dalam baitumal
Khalifah Ali bin Abu Talib
meneruskan sistem baitulmal sebagai perbendaharaan negara mengikut syariat
berlaku pertukaran ketua baitulmal
membuktikan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya, iaitu Aqil bin Abi Talib supaya khalifah meminta sedikit sumber daripada baitulmal kerana kesederhanaan hidupnya
PERANAN UMUM BAITULMAL
Berperanan sebagai institusi atau perbendaharaan yang menyelengarakan pendapatan dan perbelanjaan negara
Sebagai wakil dalam menguruskan, segala harta dan membelanjakan demi kepentingan rakyat dan negara
Menguruskan harta umum, tempat penyimpanan barangan berharga dan barangan amanah seperti harta wakaf
ZAMAN KHALIFAH ABBASIYAH
SUMBER BAITULMAL
Sumber daripada orang bukan Islam diperolehi daripada bayaran jizyah (cukai perlindungan).
Selain itu, kharaj (cukai tanah) dan usyur (cukai perniagaan) dikenakan ke atas orang Islam dan bukan Islam mengikut kadar yang ditentukan pemerintah.
Harta peninggalan orang mati tanpa waris dan rikaz (harta karun) serta luqathah (harta tercicir yang dijumpai tetapi tidak diketahui tuannya), wakaf, sedekah, wasiat dan hadiah turut menjadi sumber baitulmlal zaman Khalifah Abbasiyah
Sumber utama perbendaharaan negara yang disimpan di baitulmal diperoleh daripada umat Islam melalui pungutan zakat termasuk zakat harrta benda seperti emas dan perak, zakat pertanian, zakat ternakan, zakat emas dan perak
Baitulmal mendapat sumber daripada ghanimah (rampasan perang) dan al-fay (harta rampasan daripada pihak musuh tanpa perang)
PENGURUSAN SUMBER BAITULMAL
Pada peringkat awal kerajaan Khalifah Abbasiyah, kebanyakan dana baitulmal digunakan untuk tujuan ketenteraan termasuk pembelian peralatan senjata dan membayar gaji tentera
Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid (786-809), baitulmal mencapai zaman kemuncak sehingga berjaya memainkan peranan penting penting dalam pelbagai bidang pentadbiran dan pembangunan negara seperti pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan tentera, menaja kegiatan keilmuan, mendirikan masjid, sekolah, hospital, terusan air dan sebagainya.
Hasil perolehan baitulmal dari cukai sektor ekonomi begitu banyak mencecah 900 juta dirham sehingga kota Baghdad muncul sebagai pusat ilmu dan perdagangan utama dunia.
Khalifah memperkenalkan sistem percukaian ala pertanian di kawasan-kawasan pentadbiran kerajaan pusat dan melaksanakan sistem konsesi di daerah-daerah sekitar ibu kota termasuk jalan
Pada zaman Khalifah al-Muqtadir (908-932), sumber baitulmal masih mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara kerana beberapa buah wilayah yang telah bebas seperti Iraq, Syam, Armenia dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada dalam bentuk wang perak emas
PERANAN UMUM BAITULMAL
institusi atau pebendaharaan yang menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara
mengruskan harta umum, tempat penyimpanan barangan berharga dan barangan amanah seperti harta wakaf.
Harta yang dikumpulkan dalam institusi ini digunakan untuk kepentingan masyarakat dan negara
PENTADBIRAN BAITULMAL
Khalifah Abbasiyah melantik para pegawai khas menguruskan baitulmal di peringkat pusat manakala gabenor mengetuai pentadbiran baitulmal di peringkat wilayah. Khalifah dan gabenor melantik amil-amil. berkelayakan untuk memungut sumber-sumber baitulmal
Keberkesanan Diwan al-Kharaj (Jabatan Percukaian) pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dalam meraih pendapatan turut membantu meningkatkan pendapatan baitulmal. Khalifah telah memerintahkan Abu Yusuf Yaaqub, qadi besar Baghdad agar menyusun segala peraturan percukaian untuk dijadikan panduan dalam pentadbiran negara dan memudahkan amil baitulmal bertugas memungut cukai serta mengelakkan penindasan terhadap rakyat.
Zakat