Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
2.1.2 Institusi Ekonomi - Coggle Diagram
2.1.2 Institusi Ekonomi
Cukai
Kharaj
Bermaksud cukai tanah
Pengutipan adalah berdasarkan kualiti tanah, kualiti benih tanaman dan kedudukan tanah pertanian
Cukai ini dilaksanakan ke atas pemilik-pemilik tanah pada kawasan atau negeri yang ditakluki oleh tentera Islam, sama ada melalui peperangan atau secara aman
Jizyah
Cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam (zimmi) sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam ke atas nyawa, harta dan amalan agama
- Jizyah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ganti rugi atau cukai perlindungan
- Jizyah dianggap sebagai suatu pemberian ufti oleh seseorang individu atau kerajaan bukan Islam kepada kerajaan Islam dan ia merupakan simbol naungan.
- Jizyah juga ditakrifkan sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir zimmi yang menerima perlindungan nyawa dan harta daripada pemerintah Islam.
- Orang bukan Islam yang membayar jizyah akan diberikan hak hidup sama seperti orang Islam dan akan mendapat kebebasan agama.
- Boleh dibayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali
- Jizyah bukan satu bentuk denda tetapi merupakan ganjaran ke atas komitmen kerajaan Islam melindungi mereka.
Baitulmal
- Pembendaharaan atau institusi bertangungjawab menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara
- Institusi harta dan kewangan berfungsi menyelenggarakan harta-harta umum atau tempat menyimpan barang-barang berharga
- Barang berharga atau harta yang disimpan ialah zakat, cukai, harta wakaf, khairat dan kebajikan
- Penubuhan ini amat jelas untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan perkembangan ekonomi negara Islam dan sebagainya
Zakat
Sebahagian harta yang dikeluarkan
untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya
-