Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN - Coggle Diagram
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
MODEL ADDEI
Berorientasikan produk
Fungsi: Garis panduan ke arah pembinaan perisian untuk bahan pengajaran
Tujuan: Menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pdp agar menjadi lebih efektif dan efisien
ANALYSIS (ANALISIS)
Mengenalpasti objektif penggunaan media dalam pengajaran
Mengenal sumber masalah
Adakah media yang dihasilkan dapat diakses oleh pelajar?
Analisis terhadap kehendak-adakah ia sesuai utk kegunaan individu atau kumpulan?
DESIGN (REKA BENTUK)
Menentukan dan merekabentuk kaedah media pengajaran yang akan digunakan
Menjalankan analisis pembelajaran seperti kaedah pembelajaran yang akan digunakan (pembelajaran koperatif/penerokaan/penyelesaian masalah/permainan/simulasi dan sebagainya.
Memilih sistem penyampaian dan menyusun atur pengajaran
Alat media pengajaran juga perlu ditentukan dalam fasa ini
DEVELOPMENT(PEMBANGUNAN)
Tujuan: menghasilkan bahan pembelajaran
Contoh: membina nota dan kemudian membentuk grafik pada Google Slide
proses melibatkan penggunaan komputer, kalkulator grafik, perisian komputer seperti 3D Viewer, Geometer's Sketchpad dan lain-lain
Proses menghasilkan teknologi dan media pengajaran
IMPLEMENTATION(PELAKSANAAN)
Proses membuat 'Pilot Test' iaitu ujian terhadap bahan/perisian yang telah dihasilkan
Contoh: membuat ujian terhadap Google Slide yang telah dibangunkan sama ada nota, latihan, kuiz interaktif dan video dapat diakses atau tidak.
Beberapa sampel akan dipilih bagi menguji keberkesanan penggunaan perisian tersebut.
EVALUATION(PENILAIAN)
Penilaian Formatif: penilaian yang dibuat sepanjang bahan tersebut dibina untuk tujuan penambahbaikan
Penilaian Sumatif: Penilaian yang dilakukan secara keseluruhan tentang keberkesanan bahan tersebut serta kebolehgunaan bahan tersebut
MODEL ASSURE
Model yang direka untuk merancang penggunaan media secara sistematik
Hanya fokus kepada pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah
ANALYZE LEARNER (MENGANALISI PELAJAR)
Ciri umum pelajar -mengenalpasti latar belakang pelajar, memilih sumber sesuai dengan tahap pelajar, kelas dan aliran.
Kompetensi khusus peringkat masuk- menganalisis tahap pengetahuan pelajar
Gaya pembelajaran- terdapat pelajar yang lemah, jadi perlu dibantu dengan penggunaan bergambar dan bahan konkrit.
STATE OBJECTIVES(MENYATAKAN OBJEKTIF)
Menyatakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai seperti siapakah yang hendak dicapai?(kumpulan sasar)
Penghasilan objektif yang spesifik dan boleh diukur
Fokus kepada pencapaian pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru dipelajari
Contoh: Pelajar dapat
melukis
unjuran ortogon dari pelabagai pandangan dengan sukatan sebenar dengan betul.
SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS (MEMILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN)
Memilih kaedah yang sesuai: simulasi, demonstrasi, latih tubi
Pemilihan media, kaedah dan bahan sumber secara sistematik dan terancang
Memilih media dan bahan sesuai: gambar, video, bahan bercetak, audio dan lain-lain
Bahan perlu menarik dan dapat memotivasikan pelajar
UTILIZE MEDIA (GUNAKAN MEDIA)
Kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh guru
Semak, menonton atau mengkaji bahan sumber sebelum digunakan dalam kelas (memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar)
Menyediakan persekitaran yang sesuai dalam kelas agar dapat menghasilkan pembelajaran lebih berkesan dan lebih berfokus
REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (MENGGALAKKAN PENGLIBATAN PELAJAR)
Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran
Contoh: Guru telah menyediakan kuiz online supaya pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dan mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran
Contoh lain: Perbincangan, aktiviti berasaskan projek, latih tubi
EVALUATE AND REVISE (MELAKUKAN PENILAIAN DAN PENGUBAHSUAIAN)
2 aspek penilaian iaitu Penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran
Bahan pengajaran yang digunakan perlu dinilai dari maklum balas pelajar dan pemerhatian dan maklum balas pakar
Penilaian dilakukan bagi tujuan intervensi dan melihat keberkesanan dari segi kandungan, kaedah, media dan bahan yang telah digunakan
Intervensi dilakukan supaya bahan pengajaran yang digunakan diperbaiki dan lebih efisien
Berorientasikan bilik darjah