Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN ABAD KE 21 - Coggle Diagram
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN ABAD KE 21
PEMBELAJARAN KONTEKSTUALISME
KELEBIHAN
Memberi peluang kepada pelajar untuk dapat bergerak maju sesuai dengan potensi pelajar agar pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran
Pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengumpulkan data, memahami sesuatu masalah dan menyelesaikan masalah dan guru dapat menjadi lebih kreatif
Pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membosankan
Pemilihan maklumat berdasarkan keperluan pelajar tidak ditentukan oleh guru
KEKURANGAN
Tidak cekap kerana memerlukan masa yang lama dalam PBM
Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap pelajar akan berbeza dan tidak sekata
Tidak semua pelajar dapat menyesuaikan dan mengembangkan kebolehan mereka dengan mudah dengan menggunakan model kontekstual ini.
PEMBELAJARAN MASTERI
KELEBIHAN
Pelajar mempunyai kemahiran asas untuk meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya. Secara tidak langsung pencapaian pelajar boleh dikekalkan kerana pelajar diajar menguasai kemahiran asas.
Pendekatan ini memerlukan memerlukan guru menganalisis dan ini akan membantu guru membuat persediaan yang mantap untuk menyampaikan unit-unit pembelajaran dengan baik.
Guru juga dikehendaki menyatakan hasil pembelajaran sebelum mereka membentuk aktiviti.
Prestasi pencapaian pelajar dapat ditingkatkan khasnya yang mempunyai kebolehan pembelajaran yang perlahan.
KEKURANGAN
Berlaku keciciran di akhir pembelajaran kerana setiap individu tidak mempunyai tahap kognitif yang sama
Pembelajaran masteri memerlukan guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menarik minat murid-murid tentang apa yang bakal diajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran mungkin tidak akan berlaku seperti yang dirancangkan sebelumnya . Disebabkan guru sudah merancang perjalanan aktiviti di dalam kelas , akan berlaku gangguan sekiranya murid banyak bertanya atau berlakunya sesuatu yang diluar perancangan guru.
Kekangan masa. Merancang pembelajaran masteri memerlukan peruntukan masa yang mencukupi.Murid-murid kemungkinan tidak dapat menguasai dan menghayati apa yang diajar oleh guru ketika di dalam kelas jika ia dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa.