RANCANGAN MALAYSIA KELIMA
(1986-1990)

OBJEKTIF/MATLAMAT

Meningkatkan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan

Mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru

Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan & aktiviti ekonomi yang lain.

Meningkatkan pelaburan asing terutamanya sektor eksport.

Menggalakkan sektor pertanian & luar bandar

PELAKSANAAN/ KEJAYAAN

Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan pendapatan dan mengatasi masalah kekurangan guna tenaga.

Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.

Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.

Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM
(1991-1995)

STRATEGI

OBJEKTIF/ MATLAMAT

a) Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi, menggalakkan sektor swasta memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi.

b) Memperteguh kedudukan hasil kerajaan Persekutuan, mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif.

c) Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang- undang untuk memperbaiki pelaburan.

d) Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih

Mencapai perpaduan negara.

a) Mengekalkan Pembangunan Pesat Ekonomi Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


b) Menguruskan kejayaan Ekonomi Negara Supaya Matlamat Negara Tercapai