Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 5: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK - PEMODENAN & PROSES…
BAB 5: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK - PEMODENAN & PROSES PEMBINAAN NEGARA :building_construction:
(EMYLYA NATASHA TAQHIRAH BT KAMARUDIN, 57212221045)
ERA PRA-PENJAJAHAN (1400-1511)
- Penduduk tanah melayu ketika itu menjalankan aktiviti ekonomi sara diri
- Orang-orang setempat untuk bergiat dalam bidang-bidang perkhidmatan dan perdagangan
- Institusi politik dan sosial seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan persembahan hasil daripada jajahan-jajahan takluk pemerintah merupakan hasil pengeluaran yang melebihi keperluan
- Menjalankan sistem cukai dan pengawalan keluaran terhadap pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah
ERA PENJAJAHAN (1511-31 OGOS 1957)
- Titik permulaan campur tangan kuasa-kuasa Barat (orang Eropah)
- Penjajahan beberapa pihak luar seperti Portugis, Belanda, dan British
- Ekonomi negara telah dieksploitasi
- Pada zaman penjajahan British lebih tertumpu kepada kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah
- Beberapa syarikat perdagangan seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crossfield dan Straits Steamship Company turut terlibat dalam kegiatan perladangan, industri memproses dan perlombongan
- Pembinaan kemudahan infrastruktur khususnya di kawasan-kawasan lombong bijih timah, kegiatan melombong emas, bijih besi, arang batu dan bauksit turut dijalankan di Tanah Melayu
1) Identifikasi Kaum Mengikut Petempatan dan Pekerjaan
- Penjajah British mementingkan jentera ekonomi bergerak dengan cekap dan teratur
- Struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu
- Dasar pecah dan perintah dari segi penempatan menyebabkan orang bukan Melayu dapat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar
2) Ketidakseimbangan Ekonomi antara Kaum
- Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan orang Melayu terpisah dari ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional
- Kegiatan Ekonomi Moden di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik - ekonomi tradisional terpinggir
- Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas - masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu
- Halangan Sektor Ekonomi Tradisional - tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah
:!!:INFO TAMBAHAN :!!:
Antara faktor wujudnya Dasar Pecah dan Perintah:
i) engaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat usaha penyatuan
ii) Bagi mengekalkan penduduk peribumi di kampung
iii) Mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian
3) Ketidakseimbangan Ekonomi Bandar dan Luar Bandar
- Kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan banyak sumber ekonomi dan kesannya, negara ini mewarisi struktur ekonomi dwi-ekonomi
- Dwi-ekonomi: ekonomi bersifat moden dan pesat yang membangun di kawasan bandar, lombong, ladang serta kawasan perdagangan di pantai Barat Tanah Melayu manakala ekonomi di luar bandar kekal bersifat tradisional dan sara diri
:!!:INFO TAMBAHAN :!!:
Maksud Ekonomi Tradisional / Sara Diri
Ekonomi tradisional diertikan sebagai sistem ekonomi yang diterapkan oleh masyarakat tradisional secara turun temurun denganhanya mengandalkan alam dan tenaga kerja. Sistem ekonomi ini juga merupakan sistem ekonomi di mana kegiatan ekonominya bersifat sangat sederhana
Kegiatan Ekonomi Tradisional / Sara Diri
i) Melombong bijih timah
ii) Menanam padi
iii) Memungut hasil hutan
iv) Menternak binatang
v) Menangkap ikan
Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional / Sara Diri
i) Teknik yang digunakan dipelajari secara turun-temurun
ii) Menggunakan modal yang sedikit
iii) Tidak mempunyai pembahagian tugas
iv) Terikat dengan tradisi
v) Terdapat pertukaran barangan secara barter - lebihan hasil akan ditukarkan dengan barangan lain menggunakan kaedah sistem barter
ERA KEMERDEKAAN
- Rancangan Pembangunan Ekonomi diperkenalkan
- Rancangan Malaya 1 dari tahun (1956-1960)
- Agensi seperti FELDA, RIDA dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
- Meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat luar bandar amnya
- Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah
- Pada peringkat awal, pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import
- Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport
- Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi
- Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8%-9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an
- Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak SEMASA hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah
- Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat dan ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum
- Integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)
Sejarah:
Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sebelum kemerdekaan lagi, iaitu pada tahun 1956. Berikutan dengan beberapa perakuan tentang pembangunan negara oleh misi Bank Dunia kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) maka pada tahun 1954, Kerajaan PTM telah melaksanakan pembangunan yang menyeluruh
Matlamat:
i) Untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada sektor luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan dengan kawasan bandar di samping mengurangkan kadar kemiskinan penduduk kawasan luar bandar
ii) Memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk dan mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara agar tidak terlalu bergantung pada bijih timah dan getah
Penubuhan:
i) RIDA
ii) LTPK
iii) Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
Rural Industrial Development Authority (RIDA)
(1966 ditukar MALAYSIA kepada MARA)
- Ditubuhkan pada tahun 1950 dan matlamat utamanya ialah membangunkan masyarakat kawasan luar bandar
- Ia juga menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur seperti:
:pushpin: Memberi pinjaman kepada petani
:pushpin: Membantu petani menjual hasil pertanian
:pushpin: Menggalakkan orang Melayu berniaga
- Peranan RIDA berterusan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA)
(1971 ditukar kepada FELDA)
- Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun dengan peranannya meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar seiring dengan masyarakat-masyarakat bandar
- Ia juga membantu dalam meningkatkan hasil pertanian negara dengan cara tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan petempatan baru yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti:
:pushpin: Bekalan elektrik
:pushpin: Air paip
:pushpin: Klinik
:pushpin: Sekolah
:pushpin: Jalan raya
- Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru dan menjadi petani moden. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah, kelapa sawit, tebu, dan koko
- Setiap rancangan FELDA dalam Rancangan Malaya Pertama meliputi kawasan seluas 1,600 hingga 2,000 hektar
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
- Ditubuhkan pada tahun 1959 bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan kawasan luar bandar
- Diketuai oleh Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
- Peranannya adalah menyelaraskan dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar. Bagi tujuan tersebut kedua-dua agensi, iaitu RIDA dan FELDA kemudiannya diletakkan di bawah kementerian ini
-
-
-
-
-