Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
image
BAB 4: PERLEMBAGAAN MALAYSIA & HUBUNGAN ETNIK
(EMYLYA NATASHA…

BAB 4: PERLEMBAGAAN MALAYSIA & HUBUNGAN ETNIK
(EMYLYA NATASHA TAQHIRAH BT KAMARUDIN, 57212221045)
:red_flag: MAKSUD PERLEMBAGAAN:
Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara atau rinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim:red_flag: JENIS PERLEMBAGAAN:
(a) Perlembagaan Bertulis
- Perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen
- Sumber undang-undang yang utama di Malaysia
- Undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan
- Perlembagaan jenis ini sukar dipinda kecuali wujud peruntukan tertentu
- Contoh: Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta Parlimen, Enakmen dan Ordinan
(b) Perlembagaan Tidak Bertulis
- Perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen seperti Akta Parlimen dan keputusan - keputusan mahkamah
- Undang-undang yang meliputi budaya dan adat
- Ia merupakan sumber undang-undang kedua di Malaysia
- Undang-undang ini tidak digubal oleh mana-mana badan perundangan sama ada Parlimen atau DUN
- Contoh negara yang mengamalkan perlembangan jenis ini ialah United Kingdom, New Zealand & Israel
:warning: Enakmen bermaksud sebarang undang- undang yang digubal dipinda dan dibahas didalam Dewan Undangan Negeri DUN pada negeri- negeri Semenanjung serta Sabah selepas kemerdekaan yang dibuat oleh masing-masing
:warning: Ordinan bermaksud sebarang undang- undang yang digubal dipinda dan dibahas yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak serta Sabah pada sebelum kemerdekaan
:red_flag: KEPERLUAN PERLEMBAGAAN
- Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan
- Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik
- Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan negara dengan adil dan saksama
- Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
- Melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara
:red_flag: PERANAN PERLEMBAGAAN(a) Sumber - Setiap perkara dalam perlembagaan boleh diperhalusi sebagai sumber undang-undang
(b) Garis Panduan - Perlu dirujuk apabila hendak menggubal sesuatu peraturan undang-undang
(c) Peraturan - Mengatur pemerintahan sesebuah negara:red_flag: CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
- Ciri sesebuah negara
- Sifat perlembagaan
- Kuasa
- Kewarganegaraan
- Hak dan tanggungjawab
- Hak asasi
Perlembagaan Persekutuan Malaysia, 1963:
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dibentuk selepas kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Tanah Melayu. Nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa pada 16 September 1963.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957:
Selepas kejayaan besar Parti Perikatan dalam pilihan raya umum yang pertama, British menubuhkan suruhanjaya khas iaitu Suruhanjaya Reid untuk merangka satu perlembangaan baharu sebagai usaha awal kearah kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 sekaligus menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat.
Suruhanjaya Reid, 1956:
Tugas Suruhanjaya ini bertujuan untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu 1957 (PTM) yang akan merdeka
Isu yang Dibincangkan
- Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
- Pemberian kuasa autonom kepada negeri dalam bidang tertentu
- Kedudukan Raja-Raja Melayu
- Hak istimewa orang Melayu tetapi tidak menafikan hak kaum lain
- Pewujudan satu bangsa PTM
- Perlantikan seorang ketua negara berpelembangaan
Anggota Suruhanjaya Reid
- Lord William Reid (Hakim British) bertindak sebagai Pengerus
- Sir Ivor Jennings (England)
- Sir William McKell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)
- Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
- Tuan Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
Sumbangan Suruhanjaya Reid
- Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
- Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu
- Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain
- Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan diamalkan
- Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan
- Melahirkan Perlembagaan kemerdekaan 1957
Perlembagaan Malayan Union, 1946:Sejarah pembentukan Perlembagaan di Malaysia telah diperkenalkan sejak abad ke-19 oleh penjajah British semasa mereka menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang (NNMB). Selepas perang dunia kedua, Jepun keluar daripada Tanah Melayu dan British kembali semula ke Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union pada April 1946 telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Ini menyebabkan satu perjanjian baru telah dibuat antara raja-raja Melayu dan penjajah British yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1948
Tujuan Penubuhan Malayan Union
:!: Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu
:!: Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British
:!: Menjamin terus penguasaan British
:!: Memastikan sumbangan golongan migran
:!: Mengukuhkan pertahanan British
:!: Mewujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam
:!: Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
:!: Membentuk satu bangsa Malayan Union
Ciri-ciri Malayan Union
:question: Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British
:question: Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
:question: Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah seorang Gabenor British
:question: Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan
:question: Hak kerakyatan yang sama bagi semua berasaskan Jus Soli
Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union
:!?: Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negara
:!?: Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris
:!?: Hak keraykatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli
:!?: Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan
:!?: Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan
Penentangan Malayan Union
- Melalui Akhbar - Menyuarakan bantahan melalui Majlis, Utusan Melayu & Warta Negara
- Secara Kolektif - Demonstrasi aman dan kesatuan-kesatuan Melayu
- Secara Individu - Dato' Onn Ja'afar menulis surat kepada Utusan Melayu & Raja-Raja Melayu iaitu Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan
- Melaui Berkabung - Dihadapan Ahli Parlimen British
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948:Apabila Malayan Union dibubarkan, satu perjanjian dibuat antara Raja-Raja Melayu dengan penjajah British yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. Majlis Perundangan akan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Pada 27 Julai 1955 pilihan raya umum yang pertama diadakan dan parti perikatan dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC
Bumiputera
- Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Kewarganegaraan
- Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu
1. Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum permohonan atau menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun sebelum permohonan
2. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik
Sultan
- Pengenalan konsep Raja Berpelembagaan
- Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Majlis Undangan Negeri
Pentadbiran
- Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan
Negeri
- 9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka kecuali Singapura yang kekal sebagai tanah jajahan Inggeris
Majlis Mesyuarat Kerja
- Sistem ahli bertaraf menteri dan ia dianggotai oleh 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi
Majlis Perundangan
- Sistem Parlimen dan mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum
Perlembagaan Persekutuan/ Malaysia
- Perlembagaan Malaysia ialah satu dokumen undang-undang bertulis serta mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
- Ia dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957
- Ringkasan kandungan Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 3 senarai iaitu senarai Persekutuan, senarai Bersama dan senarai Negeri
ii) Senarai Bersama:
- Meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan. Contohnya, perlindungan bagi binatang liar, biasiswa, perlindungan kanak-kanak, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain
iii) Senarai Negeri:
- Meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri dan lain-lain
i) Senarai Persekutuan:
- Meliputi perkara mengenai hal-ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain
Senarai Kandungan Perlembagaan Persekutuan/ Malaysia:check: Bahagian 1 - Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan (Perkara 1-4):check: Bahagian 2 - Kebebasan Asasi (Perkara 5-13):check: Bahagian 3 - Kewarganegaraan (Perkara 14-31)
- Bab 1: Perolehan Kewarganegaraan
- Bab 2: Penamatan Kewarganegaraan
- Bab 3: Tambahan
:check: Bahagian 4 - Persekutuan (Perkara 32-69)
Bab 1: Kepala Utama Negara
Bab 2: Majlis Raja-Raja
Bab 3: Pemerintahan
Bab 4: Badan Perundangan Persekutuan
Bab 5: Acara Perundangan
Bab 6: Keupayaan Terhadap Harta, Kontrak dan Guaman:check: Bahagian 5 - Negeri-negeri (Perkara 70-72):check: Bahagian 6 - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri- negeri (Perkara 73-95E)
Bab 1: Pembahagian Kuasa-Kuasa Perundangan
Bab 2: Pembahagian Kuasa-Kuasa Pemerintahan
Bab 3: Pembahagian Beban Kewangan
Bab 4: Tanah
Bab 5: Pembangunan Negara
Bab 6: Tinjauan Persekutuan, Nasihat Persekutuan kepada Negeri-negeri dan Pemeriksaan Persekutuan Mengenai Kegiatan-kegiatan Negeri
Bab 7: Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Bab 8: Pemakaian bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak:check: Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan Kewangan (Perkara 96-112D):check: Bahagian 8 - Pilihan Raya (Perkara 113- 120):check: Bahagian 9 - Kehakiman (Perkara 121-131A):check: Bahagian 10 - Perkhidmatan Awam (Perkara 132-148):check: Bahagian 11 - Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat (Perkara 149-151):check: Bahagian 12 - Am dan Pelbagai (Perkara 152-160) :check: Bahagian 12A - Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak (Perkara 161-161H):check: Bahagian 13 - Peruntukan Sementara dan Peralihan (Perkara 162-180):check: Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya (Perkara 181):check: Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja (Perkara 182-183)
Perkara 14
- Peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan berkaitan perlucutan kewarganegaraan
Perkara 8 - Kesamarataan & Hak Sama Rata
- Pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya
Perkara 153 - Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu
- Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain
Perkara 152 - Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka
Perkara 89 - Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu
- Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada bukan
Melayu
Perkara 10 (4)
- Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya
Perkara 150 (6)(a)
- Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak,
kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat
Perkara 3 - Islam adalah agama Persekutuan
- Mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama (Perkara 11)
Perkara 38
- Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.
Perkara 11
- Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan ajaran agama lain dalam manamana bahagian Persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang
berkaitan
Perkara 121 (1)(a) - Kedudukan Mahkamah Syariah
- Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang
kuasa Mahkamah Syariah
KESIMPULAN
Perlembagaan negara adalah merupakan sumber utama untuk kefahaman setiap warganegara dan pembinaan kenegaraan. Setiap rakyat mesti akur dan menghormati intisari dan semangat perlembagaan. Pembentukan perlembagaan Malaysia adalah manifestasi kerjasama dan permuafakatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa. Sesungguhnya generasi muda masa kini yang mewarisi kemerdekaan negara perlu memahami dan menginsafi perjuangan dan pengorbanan di kalangan rakyat dan pemimpin terdahulu untuk mentuntaskan pelbagai aspek berkaitan perlembagaan negara.
4.1 MAKSUD, JENIS, KEPERLUAN, PERANAN & CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
-
-
-
-