Dari sudut keagamaan, relativisme ditolak, kerana sesuatu kepercayaan itu tidak boleh diragui, itu pendekatan agama, dan juga bagi sesuatu agama itu, kebenaran masing-masing adalah mutlak, misalnya kepercayaan kepada Tuhan adalah suatu kepercayaan yang dianggap menggambarkan suatu kepercayaan yang mutlak, dengan itu ia tidak boleh diubahsuai ataupun diberi interpretasi yang lain yang tidak menjurus kepada penerimaannya sebagai suatu kebenaran yang mutlak. Sedangkan relativisme tidak mengambil sikap yang sedemikian.