T2 Puisi Tradisional: Syair Nasihat
Maksud
- Sikap seseorang yang sombong akan kebolehan diri serta memandang rendah terhadap orang lain.
- Perbuatan membazir merupakan amalan yang merugikan.
- Sebelum menginginkan sesuatu yang mustahill, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita lebih dahulu.
- Orang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula.
- Pendirian manusia sering berubah-ubah.
- Jangan suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
- Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
- Orang yang merantau selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang.
- Perasaan marah akan segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.
- Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang apatah lagi waktu susah.
- Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
- Setiap perkara yang berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
- Jika pengetahuan hanya sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.
- Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
- Seseorang yang inginkan sesuatu di luar kemampuannya.
- Orang yang mempunyai paras rupa yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.
- Menginginkan sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Tema
Persoalan
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga menjejaskan kehidupan sendiri dan orang lain.
Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemamapuan diri.
Sifat sabar dan pemaaf akan dapat melenyapkan kemarahan.
Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kecelakaan kepada diri sendiri.
Sikap membazir sangat tidak digalakkan dalam kalangan masyarakat.
Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa.
Paras rupa yang elok tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
Gaya bahasa
Inversi
nasihat kebajikan ayahanda beri; kerja kebajikan janganlah malas
Aliterasi.
Sinkope.
simile
nafora
Bahasa Arab.
Responsi.
Asonansi.
Nilai
Keikhlasan
Keadilan.
Berilmu
Kebijaksanaan.
Kepatuhan
Persaudaraan.
Berakhlak mulia.
Kerajinan.
Bertawakal
Hati-hati.
Pengajaran
Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.
Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah setelah membuat apa-apa keputusan.
Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran.
Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.
Kita hendaklah menuntut ilmu yang benar dan menghindarkan diri daripada menuntut ilmu yang sesat.
Kita mestilah rajin melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.
Sebagai anak kita perlulah patuh akan nasihat ibu da bapa agar hidup beroleh keberkatan.
Seorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan urusan pentadbiran.
Contohnya, Hendak menghukumkan tida tahu, hendak diam hati tak mahu,
Contohnya, ikhlas; syarak; batil; Allahu; Allah.
Contohnya, Kerja kebaijikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas,
Contohnya, seperti air di dalam gelas
Contohnya, tak.
Contohnya, Segala perbuatan dengan berilmu (perulangan vokal e).
Contohnya, maka kebajikan boleh bertemu (perulangan konsonan b)
Rima akhirnya sama, iaitu aaaa.