Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERJANJIAN HUDAIBIYAH - Coggle Diagram
PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Sebab berlakunya perjanjian
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Baiah Ar Riduan" untuk menuntut bela atas kematian Uthman bersama-sama Rasulullah di bawah sebatang pokok. Kedengaran Kaum Quraish tentang baiah tersebut, kaum Quraish telah menghantar utusan untuk membuat perjanjian. Oleh sebab nama perjanjian itu dinamakan di atas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".
Isi Perjanjian Hudaibiyah
Gencatan senjata selama 10 tahun.
Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
Berkembangnya syiar Islam.
Kehidupan masyarakat aman dan damai.
Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain
Kesan Perjanjian Hudaibiyah
Musyrikin Quraisy semakin lemah.
Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.
Rasullah mengajar umatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.