Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 8: AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (NUR FARIHAH BINTI MOHD RAMLI)…
BAB 8: AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
(NUR FARIHAH BINTI MOHD RAMLI) 57212120354
8.1
Agama (Religion): Set peraturan yang menetapkan hubungan manusia dengan kuasa ghaib (Supernatural Power)
Fungsi agama sebagai agen pendamai boleh menyatukan pelbagai etnik
Agama mempunyai nilai moral yang boleh meningkatkan hubungan etnik
Perayaan agama-agama tidak pernah berkitar tentang permusuhan atau kejayaan tentera sesuatu agama mengalahkan musuhnya dalam kalangan penganut lain.
8.1.1
Tiada 1 pun agama yang menyeru kepada permusuhan antara penganutnya dengan penganut agama lain
Yang ada hanyalah seruan jihad / perang sekiranya agama diancam
Agama menyeru kepada perdamaian dan keharmonian
Terbukti dalam Islam, apabila berlaku peperangan, Tentera Islam tidak boleh membunuh pendeta agama dan merosakkan rumah ibadat.
Simbol Khanda sebagai tanda mempertahankan diri bagi agama Sikh
gambar
8.2 Peranan Agama
8.2.1 Fungsi Penyatuan
Nilai kesatuan & solidariti
Tokoh agama memimpin kerohanian dan sosial penganutnya
8.2.3 Pengesah atau Perasmi program pembangunan
Dalam Islam ada Majlis Doa Selamat @ Solat Hajat
Agama lain juga majlis bacaan doa bagi majlis khusus tertutup untuk mereka
8.2.2 Alat perpaduan nasional
8.2.4 Sumber nilai moral
8.3 Agama & Kepercayaan Masyarakat Malasyia
8.3.1 Agama Islam
Dianuti kebanyakkan masyarakat Melayu dengan mazhab Syafi'e
Minoriti India Muslim di Malaysia bermazhab Hanafi
Islam menekankan konsep Tuhan yang satu.
Ajarannya merangkumi ekonomi, sosial & politik (Deen: way of life)
Islam iktiraf kitab suci sebelum al-Quran seperti Taurat, Zabir dan Injil ( Persamaan kandungan tetapi ada beberapa pemalsuan)
Institusi Agama dan Pusat Ibadah:
Masjid sebagai pusat ibadah beramai-ramai (jemaah), penganjuran ceramah agama, bayaran zakat & aktiviti kebajikan, lokasi akad nikah.
Pengimarahan masjid oleh imam, bilal dan nodja
Pentadbiran masjid diterajui AJK masjid dibantu rakan muda masjid
Masjid dinaungi oleh Majlis agama Islam negeri yang turut bernaung di bawah Sultan negeri masing-masing
Amalan Islam negeri juga merangkumi urusan perkahwinan, penceraian, rujuk, nafkah, harta sepencarian, hadhanah, pentadbiran masjid, risalah isu terkini, program dakwah kuatkuasa undang-undang kekeluargaan Islam dan jenayah syariah (minum arak, salahlaku seksual melibatkan orang Islam)
Perayaan:
Umat Islam merayakan Aidilfitri dan Aidiladha, Maalhijrah, 'Asyura, Maulidurrasul & Isra' Mikraj
Amalan Keagamaan Islam
Solat fardhu & Solat Jumaat yang penting dilaksanakan di masjid
Azan perlu dilaungkan kuat sebagai syi'ar (tanda) Islam & sebagai memanggil orang di luar masjid untuk solat
8.3.2 Agama Hindu
Dikenali dengan nama Brahma @ Brahmin (Gelaran terhadap pendeta Hindu)
Mmempunyai kitab Agama yang bernama Veda (Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, Athar Veda)
4 bahagian Veda mengandungi (Samhita, Brahman, Arayanka, Uoanishads)
Agama Hindu terhasil dari tamadun Indus di Sungai Indus. Tamadun Indus dimasuki empayar Parsi (Arya)
Hindu perkenal sistem Kasta (Brahmin, Ksatria, Vaisya, Sudra) tidak boleh bercampur antara berlainan kasta
Hukuman mereka yang melanggar kasta: dipulaukan
Kesan kedatangan agama Hindu di Malaysia ialah kuil di Lembah Bujang, Kefdah pada kurun ke-7 Masihi
Tanda di dahi 'Pottu' dipakai pelbagai warna untuk membezakan antara mereka yang bujang atau telah berkahwin
Persatuan Malaysia Hindu Sangam (MHS) dianggap persatuan diiktiraf. Mereka juga terlibat dalam aktiviti sosial & kebajikan.
Perayaan:
Deepavali (Pesta Cahaya) yang biasa disambut akhir Oktober @ awal November
Upacara memasang pelita & mandi minyak
Thaipusam perayaan di kuil Batu Caves merayakan kelahiran Dewa Murugan & kejayaan dewa itu menghapuskan kuasa jahat
Penganutnya diminta membawa Kavadi berupa hiasan kayu & besi yang disangkut pada tubuh penganut
Penagnut bernazar, menderma, bercukur semasa Thaipusam
Ponggal ialah pesta perayaan menuai yang disambut dengan upacara keagamaan Hindu. Nasi dimasak untuk disajikan kepada Dewa Suriyam, upacara menghargai lembu atas sumbangan atas sumbangan pada pertanian & upcara pohom restu untuk dapat jodoh para gadis.
8.3.3 Agama Buddha
Agama anutan majoriti orang Cina
Majoriti orang Cina menganut Buddha mazhab Mahayana
Agama Buddha lahir daripada penindasan golongan Brahman yang menyebabkan penentangan rakyat
Buddha lahir selepas kewujudan agama Hindu
Buddha diasaskan oleh anak raja India bernama Gautama Buddha, seorang anak raja yang tidak suka dengan kemewahan istana dan keluar melarikan diri ke hutan untuk bertapa dan mencari hakikat hidup (pencerahan)
Gautama memakai baju koyak dan betapa memahami hakikat hidup
Suruhan Gautama untuk bertapa dan mencapai ketenangan & bahagia walau derita dan susah (falsafah)
Gautama tidak menyuruh pengikutnya menyembah dia atau mana-mana dewa, dewi menyebabkan patung dibentuk sepertinya dan disembah pengikutnya. Pengikutnya anggap ruh Tuhan telah meresap ke dalam tubuh Buddha
Sarjana Perbandingan agama pertikai adakah Buddha sebuah agama ataupun falsafah
Buddha tersebar ke Tanah Besar Cina setelah Gautama mengembara ke Cina dari sempadan India. Kitabnya dinamakan Tripitaka (3 serangkai)
Buddha mengajak hormat kehidupan (halang pembunuhan berdarah @ vegetarian), ketenangan, kasih sayang
Buddha terkenal dengan simbol roda Dharma
Cara sembahan mereka adalah membakar colok dan menjamu berhala
Pusat penyembahan Buddha dikenali sebagai tokong & biara (wat) yang turut menjadi pusat pendidikan & aktiviti kebajikan
Pemimpin agama Buddha dikenali sebagai Bhikku (sami lelaki) Bhikkuni (sami perempuan)
Golongan sami tidak berkahwin atau jika sudah berkahwin mereka akan meninggalkan kehidupan versama keluarga mereka
Perayaan Buddha ialah Hari Wesak
-Perayaan Tahun Baru Cina (Perayaan semua orang Cina tanpa mengira agama)
8.3.4 Agama Kristian
Merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi
Bible ialah Kitab suci Kristian yang mengandungi (Perjanjian Lama & Perjanjian Baru)
Mereka percaya Nabi Isa a.s adalah anak Tuhan (Jesus) & penyelamat seluruh manusia.
3 Aliran utama Kristian ialah Katolik, Protestan, Ortodoks Timur
Aliran Protestan mempunyai pelbagai aliran pemikiran seperti Lutheranisme, Anglikan, Calvanis, pentakostalis, Metodis, Baptis, Karismatik, Presbytarian, Anabaptis dan sebagainya.
Simbol salib adalah ikon suci penganut Kristian yang dilihat di dinding, bumbung gereja, dan loket (pelindung penganutnya dari bahaya)
Kristian dianuti oleh Cina, india, serta Bumiputera Sabah & Sarawak.
Perayaan Agama Kristian:
Krismas @ Hari Natal (25 Disember) (simbol salji)
Memperingati kelahiran Nabi Isa (Jesus)
Berkunjung ke gereja, beribadat, berziarah, & bersedekah hadiah (Santa Klaus, Rusa, Salji, Hadiah, Loceng)
Perayaan memperingati hari Jesus disalib
Perayaan Easter (simbol telur) 'melambangkan kegembiraan'
Penganut berkunjung ke gereja untuk aktiviti ibadat
8.3.5 Agama Sikh
Dianuti khusus oleh orang Punjabi
Lelaki Punjabi diakhiri nama mereka dengan perkataan 'Singh' 'Singa'
Perempuan mereka diakhiri namanya dengan perkataan 'Kaur' 'Puteri'
Pengasas Sikhisme dinamakan Guru Nanak (10 orang) yang dianggap sebagai Rasul mereka. Selepas kematian 10 orang Guru Nanak, tiada lagi pemimpin agama tersebut. Yang ada hanyalah kitab mereka untuk diamalkan oleh penganut Sikh.
Mereka percaya hanya wujud 1 Tuhan sahaja. Mereka percaya Tuhan sebagai Nirankar (Tidak berbentuk), abadi, sangat berkuasa, manusia tidak mampu menghuraikannya.
Rumah ibadat Sikh (Gurdwara) tidak mempunyai berhala.
Simbol Sikh (Khanda) melambangkan kewajipan mempertahankan agama mereka
Elemen Sikh: 5K
1) K: Kesh: Rambut Panjang (untuk menjaga keimanan penganut lelaki)
2) K: Kanga: (Sikat) kekemasan diri
3) K: Kara (Gelang Besi)
4) K: Kirpan (Pedang Kecil)
5) K: Kacha (Seluar Pendek Khas) jaga diri dan tidak melakukan perbuatan tidak bermoral seperti berzina.
4 Larangan bagi penganut Sikh:
Tidak dibenarkan potong @ cukur sebarang rambut atau di mana-mana bahagian badan
Tidak boleh memakan daging kecuali yang dipotong secara Jhatka (pancung)
Tidak boleh minum arak, menghisap tembakau atau dadah
Tidak boleh berzina
Perayaan agama Sikh:
Vaisakhi yang dirayakan pada 14 April
Perayaan sempena mengingati Persaudaraan orang Sikh oleh Guru Gobind Singh (1 daripada 10 orang Guru Nanak)
Aktiviti sosial orang Sikh di Gurdwara ialah: pameran sejarah Sikh, pertandingan melukis & mewarna untuk kanak-kanak, dialog agama, kempen derma darah dan lain-lain.
8.3.6 Agama Konfucianisme
Falsafah yang diasaskan oleh Confucius di negara China
Confucius dibentuk sebagai patung & akhirnya disembah sebagai seorang dewa walaupun dia sebenarnya adalah manusia
Confucius terkenal setelah mengajar manusia falsafah kehidupan & menyelesaikan masalah manusia (pakar rujuk rakyat China hingga Maharaja) sedangkan dia berusia 20an tahun
Menulis buku berjudul Analekta
Mementingkan akhlak mulia & hubungan baik antara manusia di langit (roh nenek moyang) dengan manusia di bumi (mereka yang masih hidup) & falsafah pendidikan
8.3.8 Animisme
Melibatkan pemujaan roh & semangat alam semulajadi
Tiada kitab rujukan, tiada pengkhususan dewa @ dewi untuk disembah (bergantung pada unsur alam yang dianggap kuat @ luar biasa dalam linkungan budaya & kehidupan mereka)
Dianuti oleh kebanyakkan orang asli dan kaum pedalaman
Penganut Animisme beranggapan semua benda & objek boleh berfikir & berperibadi seperti manusia
Penganut Animisme percaya ruh orang mati telah bebas ke alam semesta sebagai makhluk halus
Mereka juga mnegamalkan upcara ;pengorbanan' untuk ruh (spirit) @ semangat untuk pembaikan kehidupan mereka
8.3.7 Taoisme
Diasaskan oleh Lao Tze yang turut berbentuk falsafah
Saran manusia tarik diri dari kehidupan duniawi
Hentikan perasaan tamak & bernafsu yang mendorong manusia bertindak kurang bijak
Mengahsilakn buku-buku yang terkandung sajak warisan terkenal