Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja, Nilai, Pengajaran, Persoalan, Plot, Latar…
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja
Nilai
nilai keberanian. Sebagai contoh Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk Hakim.
nilai keprihatinan. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu
nilai kegigihan. Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Pengajaran
kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh Hakim berani mengusahakan tanah perninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.
kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh syarikat RAJA mengenakan beyaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.
kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.
kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain. Sebagai contoh Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah
kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.
Persoalan
persoalan memahami selok-belok bidang keusahawaan. Sebagai contoh Hakim dapat menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam
persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.
persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam
persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memtailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya ,Azam.
Plot
Permulaan
pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap boleh kerana bertukar ayam dengan raja. Akhirnya Kaduk,isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang sebenarnya miliknya sendiri.
Perkembangan
hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti bijaksana yagn berbeza nama-nama orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat ,Si Labi dan sebagainya. Hakim seorang yang pandai dan menlanjutkan pelajaran ke unicersiti. Hakim semakin sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya. Hakim mendapatkan bantuan Azam , sahabatnya untuk menyelesaikan kemelut keluarganaya itu. Untuk melialisasikan hasratnya itu,Hakim memohon pinjaman bank . Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan. Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun bermula. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan merekan ialah tiada peruntukan.
Klimaks
setelah setahun, Hakim bercerirta kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan yagn besar terapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam kepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.
Peleraian
Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang terpaksa akut pada golongan yang berkuasa.
Latar masyarakat
masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.
masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.
masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.
masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan
Watak dan perwatakan
Azam
sahabat baik Hakim semasa di universiti. Seorang yang suka membantu orang lain. Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi penguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.Seorag yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.
kaduk
datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.Seorang yang suka bersabung ayam.Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja
hakim
anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk. Seorang yang rajin menuntut ilmu. Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadari kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya. Seorang yang suka membantu orang lain. Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan milik datuknya
raja
seorang yang suka bersabung ayam, Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk. Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemehan orang lain.Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk menangi pertandingan itu.
Tema
kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan .Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menemouh pelbagai cabaran.