Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN DAN PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA - Coggle Diagram
KESAN DAN PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA
3.0 Adat istiadat
• Adat berinai
o Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
• Adat membelah mulut bayi.
o Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
• Adat melenggang perut.
o Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu rahim.
1.0 Agama
• Agama Hindu
o Menurut N. M Idaikkadar (1979), agama Hindu diberi nama berdasarkan nama Sungai Sindu (Indus)[3].
o Agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu Brahman, Atman, Karma, Karma Mokhsa dan Samsara.
o Selain daripada itu, agama Hindu juga mempunyai kitab sucinya yang tersendiri yang dikenali sebagai Veda.
• Agama Buddha
o Perkataan Buddha terbentuk daripada kata kerja ‘budh’ yang bererti bangun iaitu bangun daripada kesesatan dan keluar di tengah-tengah cahaya pemandangan yang benar
o Agama ini lahir di India pada abad ke 6 sm dan diasaskan oleh Sidharta Gautama Buddha yang dilahirkan pada tahun 563 sm di Kapilavastu, Timur.
o Seperti agama Hindhu, agama Buddha juga percaya kepada hukum Karma dan Samsara yang ditekankan oleh agama Hindu.
2.0 Konsep Devaraja
• Konsep daulat dan derhaka.
o Hal ini membawa maksud bahawa raja memegang kedudukan teratas dan sesiapa yang mengingkari arahan raja, maka ia di anggap derhaka dan akan mendapat balasan buruk.
• Peralatan alat-alat kebesaran
o Antara contohnya ialah ketur, cap mohor, tombak dan perhiasan berwarna kuning yang masih kita amalkan hingga ke saat ini.
• Raja mempunyai kedudukan yang tinggi
o Selain itu raja juga digolongkan sebagai individu yang mempunyai daulat dan kesaktian, Raja disamakan dengan golongan dewa yang dianggap suci.
o Pemujaan Devaraja ini semakin berkembang meluas di Alam Melayu pada zaman Hindu-Budha.
7.0 Seni Bina
• Kuil
o Di tengahnya mempunyai sebuah stupa yang dikelilingi 7 payung. Kuil Sri Mahamariaman yang dibina di Kuala Lumpur dibina pada penghujung abad ke-19 merupakan salah satu kuil Hindu yang paling cantik dengan hiasannya.
o Pada kurun abad ke-14, sebuah kuil Buddha yang terletak di kawasan tanah berpasir dijumpai di Seberang Perai, Pulau Pinang.
o Corak hiasan yang terdapat pada kuil ini sangat terperinci dan ia menggabungkan ukiran halus, hiasan emas, motif lukisan tangan, serta jubin indah dari Itali dan Sepanyol (Faces of Malaysia,2010)
• Seni ukiran.
o Seni ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat, pintu gerbang dan alat-alat perkakasan.
o Menurut kepercayaan penganut agama Hindu dan Budha, kerja mengukir tuhannya adalah kerja yang paling mulia(Ismail dan Ahmad, 2001).
Masjid
o Masjid Kapitan Kling (1802-1803) di Pulau Pinang merupakan salah satu contoh seni bina Selatan India yang dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan.
o Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada minaret yang tinggi dan kubah potong bawang. Struktur pembinaan seperti ini masih digunakan pada seni bina masjid pada zaman sekarang (Siti Norlizaiha,2010)
• Batu bersurat
o Tamadun mengalami pengaruh bahasa Sanskrit hasil dari pembelajaran kitab Hindu yang ditulis dalam bahasa tersebut.
o Buktinya ialah, penemuan batu bersurat seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M). Kesemua batu bersurat ini mengalami pengaruh Bahasa Sanskrit dalam Bahasa Melayu Kuno.
• Bangunan
o Sebagai contoh, reka bentuk Taj Mahal yang begitu unik dan penuh dengan ukurin kreativiti tamadun India.
o Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia yang terletak di Putrajaya mengambil contoh reka bentuk Taj Mahal di India.
5.0 Budaya
• Penggunaan sirih pinang dan beras kunyit
o Penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
o Hal ini telah menyebabkan pengaruh tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh masyarakat Melayu di Malaysia hingga sekarang.
• Makanan
o Antara contoh makanan tradisional tamadun India ialah roti canai,paratha, puri, capati, tosai dan muruku.
o Makanan tradisional India iaitu nasi beriani.
• Upacara persandingan
o Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah menjadi satu kewajipan sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.
o Sebagai contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
• Pakaian tradisional.
o Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari.
o Kurta juga merupakan pakaian tradisional India yang digemari dan sering dipakai oleh lelaki kaum India.
6.0 Perkembangan Ilmu
• Bidang matematik.
o Matematik dijadikan pelajaran wajib setiap pelajar di India. Kesannya dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan persekolahan di Malaysia
• Bidang kesusasteraan
o Sebagai contoh, pada awalnya masyarakat India mengira hari dan waktu subuh sehingga malam subuh berikutnya dan kekal dengan kalendar bulan-matahari.
o Perkembangan ini membawa impak positif kepada pertembungan tamadun dan seterusnya mewujudkan suasana yang berintelektual.
o Kaedah ini telah menjadi asas kepada perkiraan waktu.
• Bidang Bahasa
o Bahasa ini juga ditawarkan di peringkat pengajian institusi pengajian tinggi sebagai satu cara untuk memelihara kesusasteraan tamadun India.
o Bahasa Hindu (Tamil) dijadikan subjek yang perlu diajar kepada pelajar yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).
o Perkembangan keilmuan tamadun India juga membawa impak dalam penguasaan bahasa di Malaysia.
4.0 Kesenian
• Tarian Khatak
o Merupakan salah satu lagi tarian klasikal India.
o Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud ‘seni bercerita’.
o Tarian yang klasikal dan memiliki langkah tari yang menarik perlu diiringi oleh alat muzik yang menghidupkan seni tarian yang dipersembahkan oleh penari.
• Alat muzik
o Alat muzik seperti Tata Jati (alat muzik bertali), Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat tiupan),Ghana Jati (alat muzik gendering).
• Tarian Bharata Natyam.
o Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.