Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDEKATAN
Cara mengajar berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan
Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu
Beraksiomatik iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti atau alasan
Mendukung sesuatu teori
STRATEGI
1.Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran
Lebih mengambil kira objektif jangka panjang
Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya
PENDEKATAN INDUKTIF
Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan
Pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar mengalami satu proses mental iaitu mereka akan memerhati sesuatu peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi
JENIS PENDEKATAN INDUKTIF
Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu
Membentuk satu prinsip daripada uji kaji tertentu
Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu
Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif
Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran
KEBAIKAN PENDEKATAN INDUKTIF
Pelajaran diterima dengan cara yang lebih konkrit kerana disertai dengan contoh-contoh yang munasabah
Bahan diterima secara secara tidak langsung dan dapat digunakan secara praktik
Murid-murid tidak perlu menghafal kerana contoh-contoh yang diberi adalah jelas
PRINSIP PENDEKATAN INDUKTIF
Guru harus menyediakan contoh-contoh yang bersesuaian sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi
ABBM harus disediakan untuk membantu pelajar mendapatkan kesimpulan yang berkenaan
Proses PdP harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum
PENDEKATAN DEDUKTIF
Merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana pelajar perlu memperoleh kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem dan peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh khusus
Selaras dengan teori Pembelajaran Gestalt
JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF
Penyelesaian masalah
Membentuk generalisasi baharu
Membuktikan hipotesis
PRINSIP PENDEKATAN DEDUKTIF
Pada peringkat permulaan, masalah/ hipotesis baru didedahkan terlebih dahulu
Pelajar harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem/ teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah/ hipotesis yang telah didedahkan
KELEBIHAN PENDEKATAN DEDUKTIF
Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran
Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak persediaan
Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran
PENDEKATAN EKLEKTIK
Menggunakan strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan atau berpusatkan tugasan
Tujuan pendekatan Eklektik adalah untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang
Pendekatan Eklektik ( Kamarudin dan Siti Hajar (1999)) :
Menggunakan pelbagai kaedah
Menggalakkan daya usaha dan kreativiti guru
Banyak menggunakan latihan dalam pengajaran
Menekankan penglibatan murid secara aktif
Menekankan kemahiran kognitif
KELEBIHAN PENDEKATAN EKLEKTIK
Memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberi banyak contoh dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid
Murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan meyakinkan
Secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pendekatan tersebut
Sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan
Pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua/ sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu
PENDEKATAN TEMATIK
Berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan, terutamanya kumpulan mengikut pelbagai kebolehan
Membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan
Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran murid
Motivasi murid dapat ditingkatkan dan diperbaiki
Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga hasil pembelajaran dapat bertahan lebih lama
PENDEKATAN INTEGRATIF
Bertujuan mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsang murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza, menghargai umur kepelbagaian, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama
Membolehkan guru memberi fokus kepada kandungan dan kemahiran berfikir
STRATEGI PENGAJARAN
Kebijaksanaan memilih, merancang dan meneruskan kaedah serta teknik pengajaran untuk menghasilkan pencapaian yang optimum
Pemusatan Guru
Pemusatan Murid
Pemusatan Bahan
Pemusatan Tugasan/ Aktiviti