DARIPADA Saidina Umar Radhiallahu’anhu, katanya: Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu dia duduk bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua peha Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, lalu ia berkata: Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam?