Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN - Coggle Diagram
CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK): kemajuan dalam teknologi telah menyumbang kepada kepelbagaian kaedah pengajaran yang mampu menarik dan menimbulkan keseronokan kepada murid di sampin memudahkan urusan pengurusan.
Kecekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling: Sebahagian guru kaunseling masih kurang jelas dalam memahami harapan sekolah, kabur tentang tugas, tidak bekeupayaan untuk menyejajarkan amalan kaunseling dengan budaya organisasi dan gagal memberikan penyelesaian secara efektif kepada masalah yang dihadapi oleh organisasi.
Meningkatkan Kompetensi Profesionalisme Keguruan: Guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan dan tuntutan masa kini. Mempertingkatkan kompetensi adalah perlu untuk membangunkan profesionalisme guru dalam melaksanakan tugasnya.
Penglibatan dalam Persatuan Profesional
Persatuan Profesional dibentuk oleh profesional pendidikan yang bersemangat dengan subjek mereka. Organisasi ini tidak berasaskan keuntungan, bebas daripada kerajaan dan bertujuan memperluas pengajaran kepakaran subjek pada semua peringkat pendidikan.
Guru dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
Kepentingan Pengetahuan Bukan Kerajaan
Meningkatkan pengetahuan dan Kemahiran Guru: Guru yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform serta kelab dan persatuan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
Menangani Masalah Disiplin Murid: Untuk membendung masalah disiplin pelajar memerlukan kerjasama daripada masyarakat, ibu bapa dan badan kerajaan dan bukan kerajaan.
Mewujudkan Permuafakatan dan Kerjasama: Hubungan kerjasama dan permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa penting dalam mencapai matlamat pendidikan.Hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru berupaya meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Kesediaan untuk Berubah
Faktor-faktor penghalang kepada perubahan terdiri daripada faktor psikologi, peribadi, budaya,sekolah dan organisasi.
Antara faktor yang memberikan kesan kepada kesediaan individu guru untuk berubah ialah faktor sikap, motivasi, pemimpin serta pengetahuan dan kemahiran guru,
Kesediaan dan komitmen guru merupakan aspek penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan dalam pelaksanaan sesuatu perancangan pendidikan yang berkesan.
Guru harus berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat menjadi pendidik yang berupaya melahirkan modal insan yang cemerlang untuk masa depan.
Kelebihan Menganggotai Persatuan Profesional
Meningkatkan Pengetahuan :Kebanyakan persatuan menyediakan banyak akses kepada sumber maklumat. Ahli dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan menyertai kursus, latihan dan bengkel yang biasanya dianjurkan oleh persatuan
Menjadi Pemimpin : Persatuan profesional memberi peluang kepada ahli untuk membangunkan kemahiran sebagai pemimpin yang penting untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Meluaskan Jaringan: Penglibatan dalam persatuan dapat mewujudkan perhubungan profesional yang dapat memberikan sokongan dan bantuan antara satu sama lain