Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Islam, Iman dan Ihsan - Coggle Diagram
Islam, Iman dan Ihsan
hadis
(Hadits kedua daripada Himpunan Hadits Arba’in susunan Imam Nawawi)
عَنْ عُمَرَ أَيْضًا قَالَ: ” بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخْذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ! قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ. قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْنَا مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟. قَلَتْ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ “. (رواه مسلم)
DARIPADA Saidina Umar Radhiallahu’anhu, katanya: Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu dia duduk bersama Rasulullah s.a.w., dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua peha Rasulullah s.a.w.,
- lalu ia berkata: Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam itu ialah kamu bersaksi (bersyahadah) bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, dan hendaklah kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu mengerjakannya.
Lelaki itu berkata: Benar katamu.
(Berkata Umar Radhiallahu’anhu : Kami merasa hairan kepada tingkah laku lelaki itu, dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya)
- Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepada ku tentang iman?
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.
Lelaki itu berkata: Benar katamu!
- Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.
- Lelaki itu berkata lagi: Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjawab: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya?
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, apabila engkau melihat orang tidak berkasut, tidak berpakaian, pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
- Kemudian beredar keluar lelaki itu daripada majlis tersebut.
- Rasulullah s.a.w. bersabda: Tahukan anda wahai Umar siapakah orang yang menyoal tadi?
- Aku (Umar) menjawab : Allah dan Rasul-Nya jua lebih mengetahui.
- Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Itulah Jibril yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran tentang din kamu.
kefahaman
- Islam, iman dan ihsan merupakan elemen yang berkait antara satu dengan lain.
- Islam tidak dapat berdiri sendiri jika tanpa iman
- ihsan melengkapkan Islam dan iman seseorang
- Islam, iman dan ihsan diibaratkan sebagai sebuah rumah,
a) iman mewakili tapak binaan rumah, iaitu menjadi struktur utama untuk membina rumah
b) Islam mewakili bahagian badan rumah yang menjadikan kehidupan seseorang adalah sempurna kerana Islam itu sendiri merupakan agama yang lengkap sempurna meliputi semua aspek kehidupan
c) ihsan mewakili atap rumah yang menjadikan binaan rumah adalah sempurna yang dapat melindungi diri daripada sebarang ancaman atau keburukan
- hari akhirat pasti akan berlaku di mana tanda-tandanya telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran
- tanda-tanda berlakunya hari kiamat sudah pun ada ditunjukkan pada hari ini
terdapat rukun iman
dalam hadis, iaitu:
-
-
-
-
-
-
-
-