Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bentuk Muka Bumi Di Malaysia - Coggle Diagram
Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
Tanah Pamah
· Tanah pamah ialah kawasan yang rendah dan ketinggian tidak melebihi 180m dari aras laut.
· Kebanyakan tanah pamah di Malaysia terdapat di lembangan sungai, dataran, delta dan dataran pantai.
· Sebagai contoh, Dataran Kelantan, Dataaran Kedah-Perlis, Delta Rajang dan Delta Segama.
Saliran
· Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan tasik.
· Kebanyakan sungai berpunca dari kawasan tadahan hujan di tanah tinggi,
Selain sungai, terdapat tasik semula jadi dan tasik buatan manusia di Malaysia.
Tanah Tinggi
· Tanah tinggi merujuk kepada kawasan ketinggian melebihi 180m dari aras laut merangkumi banjaran gunung dan banjaran tinggi.
· Banjaran gunung di Malaysia terjadi akibat proses lipatan.
· Banjaran Titiwangsa tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke selatan Semenanjung Malaysia.
· Kebanyakan banjaran terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, pendalaman Sarawak dan di barat serta tengah negeri Sabah.
· Kawasan tanah tinggi mempunyai suhu yang rendah. Sebagai contoh, purata suhu di Cameron Highlands ialah 19°C, berbanding Kuala Lumpur 27°C
Pinggir Laut
· Malaysia memepunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800km. Malaysia dikelilingi Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Melaka.
· Terdapat pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut seperti pulau, teluk, tanjung dan lagun. Malaysia dikelilingi laut cetek yang terletak di atas pentas benua dikenali sebagai Pentas Sunda.
· Di pinggir pantai terdapat ciri fizikal seperti pantai, tanjung, teluk, gerbang laut, batu tunggul dan batu sisa.
Maksud Bentuk Muka Bumi : Bentuk muka bumi negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah, lembangan dan pinggir laut.