Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP INSAN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF TAMADUN DAN BUDAYA (NUR'AZIMAH…
KONSEP INSAN DARI PELBAGAI
PERSPEKTIF TAMADUN DAN BUDAYA
(NUR'AZIMAH BINTI KARIA AF200060 S18
KESIMPULAN
Demi kesinambungan negara bangsa, kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia perlu bersatu dia atas nilai-nilai ssepunya serta bersikap patriotik dan TITAS adalah satu wahana dalam memberi pengisian ke arah tersebut
Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing boleh memupuk rasa kesalingfahaman di antara satu sama lain khususnya buat rakyat Malaysia yang berbilang bangsa
MAKSUD TAMADUN
Pada umumnya, tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang
Bahasa Inggeris
Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut civilisation, iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju
Bahasa Arab
Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, madain dan madana, yang bermaksud tinggi, budi bahasa dan pembukaan bandar
Istilah lain yang sama pengertiannya ialah hadharah dan hadari
Bahasa Yunani
Dari segi pengertian bahasa, perkataan tamadun (civilisation) diambil daripada perkataan Yunani, iaitu "civitas" yang bermaksud bandar atau kota
Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan
Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu, tamadun bermaksud suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi
KONSEP TAMADUN
SUDUT PANDANGAN ISLAM
Tamadun mengikut pandangan Islam merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah yang berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang disarankan oleh Al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW
Konsep tamadun dalam Islam dibina atas kerangka Islam sebagai Al-Din (cara hidup)
SUDUT PANDANGAN BARAT
Dalam tradisi Barat, istilah "civilisation" digunakan bagi menggambarkan tahap sesuatu masyarakat atau budaya yang kompleks
Masyarakat bertamadun diukur melalui pencapaian ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur politik, kemasyarakatan dan pertempatan di kawasan perbandaran
Bagi masyarakat barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam bidang kebudayaan seperti kesenian, penulisan, undang-undang dan perbandaran
KONSEP INSAN YANG DIBINCANGKAN DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DAN KAITANNYA DENGAN PEMIKIRAN FALSAFAH (DIPETIK DARI PROF HAZIM SHAH)
Penjelasan tentang konsep insan membantu pelajar-pelajar untuk memahami sifat-sifat insan dalam membantu manusia mencari kesempurnaan
Pemikiran falsafah bersifat conceptual, systematic dan analytical. Ia diaplikasikan kepada idea-idea kemanusian, ketuhanan dan alam sekitar seperti yang terdapat dalam fahaman keagamaan dan dirumus kembali dalam bentuk falsafah bagi membimbing manusia untuk menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan bermanfaat kepada semua pihak
Kaitan konsep insan dengan ilmu falsafah adalah menggunakan pemikiran falsafah untuk mencari jalan dan langkah bagaimana manusia dapat mencari kebahagian dan kesejahteraan dalam kehidupan
KONSEP INSAN
Dibincangkan dalam 2 perspektif
Psikologi dan Sosiologi
PSIKOLOGI
Mengkaji potensi insan bagi membentuk jiwa melalui konsep insan
Kajian potensi insan dari perspektif Falasafah Pendidikan Kebangsaan (JERI)
SOSIOLOGI
Kajian melalui huraian ilmu falsafah-falsafah dari barat, Islam, Tamadun India, Tamadun China
Membincangkan hakikat kejadian insan mengikut huraian falsafah-falsafah di atas
Mengkaji peranan insan demi mencapai kebahagian & kesejahteraan