Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMBANGUNAN PELAN PROJEK - Coggle Diagram
PEMBANGUNAN PELAN PROJEK
Maksud Pengeluaran
- Pengeluaran dapat didefinasikan sebagai aktiviti atau usaha produktif untuk menghasilkan keluaran barang dan perkhidmatan yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak manusia
Maksud Perolehan
- Mendapatkan suatu tender bekalan atau kontrak perkhidmatan dengan mengikuti tatacara yang
telah ditetapkan oleh Perbendaharan atau yang telah diluluskan.
Objektif Perolehan
- Menguruskan perolehan secara cekap, berkesan dan paling menguntungkan bagi mencapai matlamat perolehan tersebut.
- Mendapatkan harga yang paling menguntungkan dan berpatutan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/siap yang ditetapkan.
- Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan bahan/barangan/ perkhidmatan tempatan
Proses Pengeluaran
a) Faedah bentuk
- Nilai faedah yang terhasil daripada perubahan bentuk sesuatu keluaran.
b) Faedah Tempat
- Melibatkan perpindahan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan dari tempat yang tidak mempunyai permintaan ke tempat yang mempunyai permintaan.
c) Faedah Masa
- Bergantung kepada keadaan masa yang diperlukan sesuatu barang, biasanya melibatkan proses pergudangan.Contoh: Padi berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk memenuhi permintaan di luar musim.
d) Faedah Milikan
- Merujuk kepada pertukaran milik sesuatu barang. Barang akan tinggi nilainya kepada orang yang lebih memerlukan.Contoh: Pengeluar padi menjual beras kepada pengguna.
Jenis Pengeluaran
a) Pengeluaran langsung
- Pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga tanpa bantuan pihak luar.
b) Pengeluaran tak langsung
- Pengeluaran yang memerlukan bantuan pihak lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Melibatkan pengkhususan dan keluaran dapat ditingkatkan dan dapat dijual.
Cabang Pengeluaran
a) Perusahaan
- Merupakan usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap.
Cabangnya terdiri daripada:
i) Perusahaan Ekstraktif
- industri ekstraktif merupakan kegiatan mengekploitasi
sumber asli seperti kayu balak, bijih timah dan getah. Ia
juga dikenali sebagai industri pertama.
ii) Perusahaan Perkilangan
- Industri perkilangan merupakan aktiviti memproses bahan mentah daripada industri esktraktif menjadi barang separuh siap atau barang siap.
iii) Perusahaan Pembinaan
- Industri pembinaan merupakan aktiviti membina struktur atau bahan binaan yang besar, kos yang mahal dan tidak boleh dilakukan di dalam kilang.
b) Perdagangan
- Perdagangan merupakan aktiviti pengagihan barang dan perkhidmatan dari tempat pengeluaran ke tempat diperlukan.
i) Perniagaan
- Aktiviti menjual dan membeli barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan.
ii) Bantuan Perniagaan
- Meliputi semua bantuan untuk melincinkan aktiviti perniagaan yang terdiri daripada pengangkutan, pergudangan, insurans, perbankan, promosi dan komunikasi.
c) Pengeluaran Langsung / Khidmat Langsung
- Pengeluaran langsung atau khidmat langsung merupakan aktiviti pengeluaran yang tidak menghasilkan barang tetapi memberi perkhidmatan.
Aktiviti Pengeluaran
- Aktiviti pengeluaran ditakrifkan sebagai aktiviti produktif untuk menghasilkan keluaran barang
dan perkhidmatan yang menepati kriteria dan keperluan semasa.
-
Jenis Perolehan
i. Perolehan Bekalan
- Ia adalah perolehan barangan dan peralatan bagi sesuatu aktiviti atau program seperti peralatan bantuan mengajar, perabot, bekalan pejabat, bahan mentah dan pakaian
ii. Perolehan Perkhidmatan
- Ia merujuk kepada khidmat manusia atau kepakaran/kemahiran untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu kerja tertentu.
iii. Perolehan Kerja
- Ia melibatkan pembinaan dan penyelenggaraan fizikal, juga merangkumi kerja mekanikal dan elektrikal.
Perolehan Kerja
i. Perolehan Terus
- Memperoleh tender/kontrak secara perolehan terus seperti kerja-kerja kecil / pembaikan kecil yang bernilai kurang daripada RM20,000 setahun yang tidak mengubah struktur asal.
ii. Perolehan secara Pusingan / Undian / Sebut Harga
- Bagi kerja-kerja kecil / pembaikan kecil yang bernilai lebih RM20,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 setahun yang tidak mengubah struktur asal dan mempunyai kadar kerja Kejuruteraan Awam
iii. Perolehan melalui sebut harga
- Bagi kerja-kerja kecil / pembaikan kecil yang bernilai lebih RM20,000 tetapi tidak melebihi RM200,000 setahun yang tidak mengubah struktur asal dan tidak mempunyai jadual kadar kerja Kejuruteraan Awam.
iv. Perolehan melalui kepakaran
- Bagi perolehan yang memerlukan kepakaran seperti kerja baru / penyelenggaraan/pembaikan/ubah suai/ naik taraf yang mengubah struktur asal serta ada kaitan kerja Elektrik / Mekanikal perlu dirujuk ke Jabatan Teknik
v. Tender Terbuka
- Bagi perolehan kerja yang dipelawa kepada kontraktor yang nilainya lebih RM200,000 setahun, kecuali jika dibenarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan
vi. Pembelian Darurat
- Merupakan pembelian perlu dibuat segera/serta merta di mana kelewatan perolehan akan memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan awam.
-