Tertib di meja makan
:check:Hidangan makanan secara barat banyak menggunakan perkakasan dan selalunya sudu, garpu, pisau, pinggan, piring, gelas disediakan mengikut jenis hidangan yang akan dihidangkan.
:check:Napkin digunakan untuk mengesat mulut dan melindungi mulut dari pandangan orang ketika membuang tulang yang terselit.
:check:Kain napkin mestilah diletakkan di atas
pangkuan dan bukan diselitkan di leher baju.
:check:Sekiranya napkin terjatuh,minta bantuan pelayan untuk mengambil napkin.
PANDUAN MENGGUNAKAN SUDU, GARPU DAN PISAU
(i) Cara Memegang Garpu
peganglah dengan bahagian cabangnya
terlentang.Pegang hujung pangkalnya dengan jari ibu di bahagian atasnya dan bahagian bawahnya terletak di atas jari hantu serta dibantu oleh jari manis dan
kelengkeng.
(ii) Cara Memegang Pisau
Pisau juga digunakan untuk menolak
makanan ke atas garpu apabila pisau digunakan bersama garpu
(iii) Cara Memegang Sudu
Sekiranya memegang sudu sahaja, ia hendaklah dipegang dengan tangan kanan
(iv) Cara Meletakkan Sudu, Garpu dan Pisau Selepas Makan
Pisau dan sudu atau garpu diletakkan rapat di sebelah kanan pinggan