Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU - Coggle Diagram
PERANAN GURU
8. Guru sebagai patriot
Membentuk sikap patriotisme dalam kalangan murid melalui aktiviti pdp, aktiviti dalam kurikulum dan kokurikulum dan aktiviti budaya sekolah
Guru sebagai pengurus
Mengurus rutin bilik darjah.
Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.
Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.
Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.
6. Guru sebagai penyelidik
Guru yang mengkaji keadaan sosial yang boleh memberi gambaran untuk membaiki rasionaliti, tabiat berfikir, kefahaman dan amalan-amalan (P&P) pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme perguruan.
9. Guru sebagai pembentuk nilai
Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi..
Guru berperanan menyemaikan nilai bahkan perlu menjadi role model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya
12. Guru penyayang
Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan murid-muridnya
.
Berminat mengajar, berdedikasi dan melaksanakan aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh
Menyukai dan menyayangi kanak-kanak
2. Guru sebagai agen perubahan
Guru adalah dipertanggungjawab untuk memberi pendidikan moden menghasilkan perubahan ke atas kendiri muridnya
Guru sebagai agen sosialisasi
Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.
10. Guru sebagai penggerak masyarakat (inovator)
.
Guru juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan
Ini bermakna,guru sebagai penggerak masyarakat perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses pembaruan.
11. Guru penyebar ilmu
Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid.
Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka
Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan
7. Guru sebagai pembina negara
Guru harus berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara.
.
Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia
4. Guru sebagai mentor
Menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan
.
Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya
Juga perlu mempunyai sifat dan kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat berbakti, prihatin dan sebagainya
3. Guru sebagai pakar rujuk
Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan.
Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala.
Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajaran mereka