Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.Dalam bahasa Inggeris , tamadun disebut sebagai civilization.Dari segi konsep,tamadun membawa maksud peradaban , pembangunan atau kemajuan.Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi , pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya.