Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN STRES DAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD…
PENGURUSAN STRES DAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG DIAMALKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW
Maksud Stres
:star:Stres yang sederhana mampu memberi motivasi dalam perkembangan hidup seseorang tetapi stres yang berlebihan adalah merosakkan.
:star:Stres merupakan fenomena yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia.
:star:Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidakmengira umur, jantina,bangsa atau agama.
:star:Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.
:star:Setiap individu tidak akan terlepas daripada mengalami stres kerana stress amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor kekeluargaan, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak.
Penjagaan Kesihatan oleh Rasulullah
:<3:
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
:<3:
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi dari sifat iri hati.
:<3:
Tidak makan berlebihan
Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
:<3:
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah 'JANGAN MARAH' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
:<3:
Menjaga kebersihan
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
:<3:
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
:<3:
Selalu bangun subuh
Hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Teknik mengurangkan tekanan
:pencil2:Redha dan rasional
:pencil2:Sentiasa bersangka baik
:pencil2:Banyakan berzikir, berdoa dan beristigfar
:pencil2:Bersabar
:pencil2:Mengambil air sembahyang dan bersembahyang
:pencil2:Amalkan Tawakal
:pencil2:Mengurangkan dan menghentikan tabiat merokok, minum alkohol, dadah, kafein dan lain-lain
Contoh Tekanan yang dihadapai Rasulullah
Nabi Muhammad S.A.W yang mengalami tekanan emosi disebabkan persekitaran masyarakat yang tidak baik terhadap dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Baginda telah dilemparkan dengan pelbagai ejekan yang menyakitkan hati.
Tekanan di dalam Al-Quran
Surah alBaqarah, ayat 155: bermaksud
“Demi Sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.”)