Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PANDANGAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP ISLAM - Coggle Diagram
PANDANGAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP ISLAM
Maksud Orientalis & Orientalisme
dan Tujuan Kajian
Menurut kamus dewan edisi keempat Oriental bagi segi bahasa membawa maksud ketimuran atau nilai yang berkaitan ciri, gaya, pandangan dan tingkah laku yang berasaskan dengan bangsa timur, manakala ‘-isme’ pula akhiran asing membawa maksud kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan.
Perkataan Orientalisme adalah asal dari perkataan ‘Orient’ yang bererti Timur yang diambil daripada Bahasa Perancis kemudian dipergunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah termasuk Inggeris. Orientalis adalah kata sifat yang bermakna sesuatu yang bersifat ketimuran. Tambahan kata ‘-isme’ (Belanda) atau ‘-ism’ (Inggeris) menunjukkan satu fahaman (aliran pemikiran) ajaran atau amalan.
Bagi menjayakan misi mereka, Orientalis mengkaji Al-Quran dari sudut-sudut lemah yang ada di dalam sumber ini dan membuat tanggapan mereka sendiri. Kemudian mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap Al-Quran dan melemahkan umat Islam dengan keyakinan yang mereka cipta terhadap Al-Quran.
Golongan Orientalis ini juga, bukan sahaja mengkaji Al-Quran untuk menggugat kebenarannya sebagai sumber wahyu yang pertama dan sumber perundangan Islam, malah mereka juga mengkaji As-Sunnah iaitu Al-Hadis untuk menimbulkan keraguan yang sama, kerana As-Sunnah dianggap oleh umat Islam sebagai wahyu dan juga sumber kedua perundangan di dalam Islam.
Golongan ini juga mengkaji beberapa aspek lain tentang Syariah, contohnya di dalam hukum Ikhtilaf (perbezaan pendapat antara para ulama’), dengan tujuan ingin melemparkan fitnah bahawa Syariah Islam ini tidak mempunyai asas yang kukuh sehingga para ulamanya terpaksa berbeza pendapat dan seterusnya membawa kepada perpecahan.
Tujuan Kajian
Pandangan Orientalis Terhadap Al-Hadith
Orientalis Barat mendakwa bahawa al-Hadith merupakan ciptaan umat Islam di zaman kecemerlangannya.
Mereka juga mempertikai kesahihan al-Hadith dan mendakwa ia tidak boleh dijadikan sebagai sumber penting dalam agama Islam.
Mereka mempertikaikan sistem isnad yang terdapat pada al-Hadith
Mereka juga beranggapan bahawa sistem isnad ialah sistem palsu yang yang direka oleh al-Hadith
Jawapan Ulama' Islam Kepada Pandangan Orientalis Terhadap Al-Hadith
Di samping hadith-hadith yang ditulis khusus oleh sahabat, terdapat juga hadith-hadith yang ditulis secara tidak langsung melalui surat-surat perjanjian, surat dakwah dan surat-surat mengenai cukai seperti surat yang dihantar kepada Raja Habsyah dan surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada raja-raja bukan Islam yang menyeru mereka memeluk Islam. Surat perjanjian Perlembagaan Madinah dan surat-surat kepada gabenor yang mengandungi arahan pentadbiran bagi jajahan yang dikuasai oleh Islam.
Pandangan-pandangan yang diutarakan oleh orientalis, baik mengenai penulisan al-Hadith maupun mengenai isnadnya dan sekaligus terhadap al-Hadith telah ditolak oleh beberapa ulama' Islam. Antaranya ialah Shaikh Mustafa al-Siba'ie melalui kitabnya 'Al-Sunnah Wa Makanatuha Fi al-Tasyri' al-Islami, Subhial-Salih melalui kitabnya 'Ulumal-Hadith Wa Mustalahuhu', Mustafaal-A'zami melalui kitabnya 'Dirasat Fi al-Ahadith al-Nabawiyyah', Muhammad 'Ajjaj al-Khatib menerusi kitabnya 'al-Sunnah Qabla al-Tadwin' dan Muhammad Abu Syahbah menerusi kitabnya 'Difa' 'An al-Sunnah'.
Proses penulisan al-Hadith secara individu ini berterusan sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan Khalifah 'Umar Ibn 'Abd al-'Aziz(99 H.-101H.). Dimana penulisan dan pengumpulan al-Hadith secara rasmi bermula dengan arahan dan permintaan yang dikeluarkan oleh beliau kepada gabenor-gabenomya. Antara ulama' yang menyahut seruan beliau ialah AbuBakr IbnHazm(m.117H.) dan Ibn Syihab al-Zuhri(m.124H.).
Orientalis dan Islam
Motif Orientalis dikaitkan dengan Islam yang dikatakan negatif sahaja merupakan pencetus ke arah melahirkan orientalisme di negara Inggeris dan negara-negara lain serta lanjutan daripada konfrontasi antara Kristian dan Yahudi.
Orang Kristian menganggap bahawa bumi ini hanya boleh diduduki oleh mereka lantas orang Islam perlu dihapuskan segera.
Terdapat serangan dilakukan tentera salib ke atas negara-negara Islam disebabkan dua faktor utama iaitu faktor agama dan taksub membuta tuli serta faktor politik.
Islam mempunyai hubung kait dengan dengan latar belakang orientalis dari peringkat awal Islam yang berdepan dengan golongan agamawan Yahudi-Kristian.
Penentangan Yahudi dan Kristian dilihat kerana dendam kesumat dan konflik mereka apabila ada gambaran negatif mereka terhadap Islam.
Apabila mereka iaitu kaum orientalis kalah, mereka mula membuat serangan mental dan fikiran dari serangan senjata
Bermula di sinilah orientalis mengkaji tentang Islam dari semua aspek termasuklah aqidah, tafsir, hadith, sastera dan sebagainya yang berkaitan dengan agama sebagai persiapan terhadap serangan mental dan fikiran umat Islam.