-terdapat di dalam al Quran yang menjelaskan bahawa Muhammad s.a.w. tidak bercakap melainkan apa yang diwahyukan kepadanya kerana baginda adalah manusia yang tidak mengetahui perkara‐perkara yang ghaib melainkan apa yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.
-Pengalaman pertama penerimaan wahyu ini, menunjukkan bahawa maklumat yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu bukan maklumat yang datang dari dirinya sendiri, tetapi datang daripada luar dirinya. Jika maklumat tersebut datangnya daripada dirinya, sudah tentu Baginda dapat membacanya dengan mudah, tidak akan timbul perasaan cemas dan resah kepada diri Baginda.
-Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. memakan masa selama lebih kurang 23 Tahun
-aspek ketinggian dan keindahan bahasanya, yang tidak dapat diatasi dan ditandingi oleh sesiapa pun sejak mula diturunkan sehingga sekarang
-dari segi penulisan dan pengumpulannya juga ada istimewanya kerana Pengumpulan Al Quran dibuat dalam dua bentuk sejak mula diturunkan, iaitu melalui hafalan dan penulisan. Pengumpulan al Quran melalui cara ini dapat meyakinkan kebenaran maklumat itu dan terjamin daripada penyelewengan