Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAMADUN INDIA - Coggle Diagram
TAMADUN INDIA
Sejarah ringkas Tamadun India
Pengaruh kaum India ke atas Tanah Melayu boleh dikesan seawal abad pertama mengikut rekod kajian para pengkaji sejarah. Kaum India telah mula aktif di nusantara ini sebagai pedagang dari India yang berdagang barang-barang berharga pada masa itu seperti fabrik, besi, rempah-ratus, emas dan sebagainya.
Kebanyakkan pedagang-pedagang India telah berkahwin dengan penduduk sini dan telah memulakan penempatan di sini.
Tambahan pula semasa era kesultanan Melayu Melaka dan penaklukkan kuasa portugis seterusnya kuasa belanda, lebih ramai kedatangan masyarakat India yang hadir sebagai pedagang dan menetap di sini.
Pada zaman kolonial British, Penghijrahan orang India ke Tanah Melayu secara beramai bermula pada pertengahan abad ke-19. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh campur tangan British di India dan penaklukan British ke atas Tanah Melayu.
Unsur unsur kehebatan dalam Tamadun India
budaya
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu
adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme.
Kesenian
Tarian Bharata Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India.
Tarian Khatak ini merupakan salah satu lagi tarian klasikal India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha yang bermaksud ‘seni bercerita’
Seni Bina
pengaruh seni bina Selatan India juga banyak mempengaruhi seni bina masjid.
Menurut kepercayaan Hindu, haiwan-haiwan tertentu dianggap suci, malah ada yang dianggap sebagai Tuhan atau pelindung. Seni ukiran yang dipengaruhi oleh fahaman ini telah diterapkan pada bangunan-bangunan seperti istana, rumah pembesar, rumah ibadat, pintu gerbang dan alat-alat perkakasan.
Faktor - faktor kejatuhan
Perubahan iklim menyebabkan sumber makanan terjejas dan menjejaskan kesihatan penduduk
bencana alam menyebabkan penduduk berpindah ke tempat lain
Unsur pengajaran dari Tamadun India
Tamadun India, khasnya tamadun Hindu, telah mengembangkan pandangan semesta yang dapat mengharmonikan kecenderungan-kecenderungan berkonflik dan lain-lain unsur kepelbagaian dunia fenomena.
Sikap menerima kepelbagaian, perbezaan dan kontradiksi dalam tradisi sosiobudaya merupakan sumbangan utama tamadun India kepada tamadun dunia.