:<3: Pengaruh kaum India ke atas Tanah Melayu boleh dikesan seawal abad pertama mengikut rekod kajian para pengkaji sejarah.
:<3: Kaum India telah mula aktif di nusantara ini sebagai pedagang dari India yang berdagang barang-barang berharga pada masa itu seperti fabrik, besi, rempah-ratus, emas dan sebagainya.
:<3: Kaum India juga merupakan antara golongan yang paling dihormati pada masa itu, kerana berperanan sebagai pengukir arca yang mahir dan berperanan dalam urusan diplomasi dan ilmu laut.
:<3: Pada zaman kolonial British, Penghijrahan orang India ke Tanah Melayu secara beramai bermula pada pertengahan abad ke-19. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh campur tangan British di India dan penaklukan British ke atas Tanah Melayu.
:<3: Orang India dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di kawasan perladangan. Orang Eropah juga menggunakan pengaruh politik mereka membawa masuk buruh India ke Tanah Melayu melalui ejen yang dilantik di India.
:<3: Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, kehadiran masyarakat imigran terutama orang India dan Cina telah mewujudkan struktur masyarakat baru di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kewujudan kaum imigran ini bukan sahaja mengubah wajah masyarakat Tanah Melayu tetapi juga telah menyumbang kepada banyak aspek sosial dan ekonomi.