Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAMADUN CHINA DI MALAYSIA - Coggle Diagram
TAMADUN CHINA DI MALAYSIA
Permulaan Tamadun China di Malaysia
:pen:Tamadun China datang ke Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan.
:pen:Hubungan perdangan bermula di Jakarta (1619) dan Singapura.
:pen:1819 - Perdagangan lebih pesat di Singapura selepas pembukaannya oleh Raffles.
:pen:1845 - Hampir separuh dari penduduk Singapura ialah pendatang Cina.
:pen:Pola penduduk Cina juga berlaku di pusat-pusat bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Kuching.
:pen:Orang CIna menjadi sumber buruh di Tanah Melayu dan merupakan modal dalam perkembangan perdagangan import dan eksport antara Barat dan Timur.
:pen:Pendatang Cina menjadi sumber buruh apabila sektor perlombongan dan pertanian komersial telah berkembang di Tanah Melayu. Selain itu, mereka menjadi buruh di ladang lada dan gambir.
Pengaruh Tamadun China
Bahasa
:star:Bahasa pertuturan Cina adalah pelbagai kerana pelbagai bangsa.
:star:Mandarin adalah istilah digunakan orang asing kepada bahasa Cina (Hanyu)
:star:Masa kini ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying iaitu sebutan berdasarkan ejaan yang dirumikan.
Budaya
:star:Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya.
:star: Penggunaan serapan bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu digunakan dalam perbualan.
:star:Pemberian ang pow semasa hari perayaan.
Politik
:<3:Nilai utama yang diberi tumpuan ialah integrasi nasional
:<3: Tamadun China berasaskan humanisme dan moralisme
:<3:PENEKANAN
-ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti)
-keamanan
-keharmonian
-keadilan
-dedikasi terhadpa negara
Seni Bina
:confetti_ball: Terdapat bangunan di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri senibina Tamadun China seperti masjid, surau, istana dan sebagainya.
:confetti_ball: Salah satunya ialah Masjid Kampung Hulu yang terdapat di Melaka.
:confetti_ball: Masjid yang dibangunkan ini diukir dengan ukiran motif Cina dan dihias pembinaan Menara berbentuk pagoda dan pintu gerbang berunsur Cina.
:confetti_ball: Selain itu, terdapat juga pengaruh senibina Tamadun China pada masjid di Malaysia yang mana masjidnya berbentuk bumbung meru.
:confetti_ball: Bumbung meru bermaksud bentuk masjid yang dibina menggunakan atap dengan pola dasar segi tiga dan disusun secara bertahap.
Adat Resam
:pencil2:Perayaan Tahun Baru Cina disambut pada hari kedua bulan pertama kalender Cina.
:pencil2:Sehari sebelum kedatangan Tahun Baru Cina, kesemua ahli keluarga yang berbangsa Cina akan berkumpul untuk makan bersama-sama.
:pencil2:Selain itu, perayaan lain yang berasal dari budaya Cina adalah seperti:
Pesta Capgome atau juga dikenali sebagai Pesta ‘Yuan Siau’
Pesta ‘Ching Ming’
Perayaan Kuih Bulan atau Pesta ‘Tanglung’
Pemerintahan
:red_flag:Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun China.
:red_flag:Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sarna.
:red_flag:Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional.
:red_flag:Kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.
Implikasi Tamadun China kepada Kehidupan Masyarakat di Negara Malaysia sehingga Hari Ini
PENDIDIKAN
:checkered_flag: Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun China adalah pembinaan sifat-sifat seseorang
:checkered_flag: Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini.
:checkered_flag: Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya.
:checkered_flag: Dalam ajaran Buddha, transformasi sifat dicapai dengan proses mencari diri sendiri
PERUBATAN DAN KESIHATAN
:star: Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya.
:star: Holistik di sini bermaksud suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan menyeluruh.
KERAJAAN
:pencil2: Falsafah tamadun China begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan.
:pencil2: Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawan seseorang raja.
:pencil2: Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun China.
:pencil2: Tamadun-tamadun lain juga sangat menekankan konsep ini iaitu kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam sesebuah tamadun.
:pencil2: Di negara Malaysia, pelantikan pemimpin yang bertanggungjawab dan adil adalah penting dalam menjamin keamanan dan keharmonian negara.
EKONOMI
:tada:Dalam tamadun China, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe).
:tada: Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight-fold path.
:tada: Dengan ini, wujud kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia.