Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembelajaran Konstekstual - Coggle Diagram
Pembelajaran Konstekstual
Ciri-ciri pembelajaran kontekstual
Menghubungkait (Relating) -
belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
Mengalami (Experiancing) -
Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.
Guru akan melaksanakan aktiviti pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada murid. Murid aktif membuat ujikaji dan menemui sendiri idea dan fakta.
Mengaplikasi (Applying) -
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.
Murid menggunakan maklumat yang dipelajarinya dalam kelas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya pada masa dan situasi yang lain ketika memerlukannya. Contohnya, murid belajar mengenai konduktor dan penebat haba. Ketika sedang memasak, murid menggunakan kain ketika hendak memegang kuali kerana kuali merupakan konduktor haba yang baik manakala kain merupakan penebat haba yang baik.
Bekerjasama (Cooperating) -
Belajar dalam konteks kerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.
Pembelajaran melalui konteks perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan kerjasama.
Memindahkan (Transfering) -
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan meggunakan atau membina daripada apayang telah diketahui.
Pelajar menemui pengetahuan melalui penerokaan, penguji dan mendapat jawapan. Pengajar mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.
Pengenalan
Pembelajaran konstektual menyimpulkan bahawa murid-murid akan belajar dengan baik jika perkara yang akan dipelajari berkaitan dengan persekitaran (Dewey, 1916).
Pembelajaran ini menekankan kepada:
Daya fikir yang tinggi
Pemindahan ilmu pengetahuan
Mengumpul dan menganalisis data
Memecahkan masalah-masalah tertentu sama ada secara individu atau berkumpulan.
Kepentingan
1.
Mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.
3
. Menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal,psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diingini.
2
. Memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.
6
Mencetuskan impak yang mendalam kepada pengalaman dan perkembangan diri pelajar
5
subjek dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
4
Membantu guru mengaitkan bahan
Prinsip
1.
Prinsip berobjektif:
-Guru membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk.
2.
Prinsip membina:
-Pengetahuan baru dihubungkan kepada prapengetahuan pelajar supaya pembelajaran baru dibina di atas pengalaman lama pelajar.
3.
Prinsip aplikasi:
-Pengetahuan baru dihubungkan secara spesifik kepada aplikasi dalam peranan pelajar.
4.
Prinsip aplikasi penyelesaian masalah:
-Pelajar digalak menjadikan pembelajaran aktif dengan menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah.
5.
Prinsip berpasukan:
-Pelajar membina semangat berpasukan dan kerjasama apabila bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah.
6.
Prinsip penemuan:
-Pelajar sentiasa digalakkan untuk mencuba dan meneroka sesuatu perkara yang baharu.
7.
Prinsip hubungan:
-Guru membantu pelajar melihat hubungan antara isi kandungan pelajaran dan konteks, pengetahuan dan aplikasi satu bidang dengan bidang yang lain.
Makna
Pembelajaran mengikut keadaan, situasi atau kejadian.
Konsep
Merujuk teori pembelajaran konstektual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru.
Mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks secara semulajadi iaitu berkaitan dengan persekitaran semasa seseorang.