Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Literasi Teknologi, Maklumat & Komunikasi, Suhairun Nizam Supal &…
Literasi Teknologi, Maklumat & Komunikasi
DEFINISI
Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan suatu kombinasi alat dan sumber teknologi yang digunakan untuk manipulasi serta menghubung kait antara maklumat (Kaware, 2015).
-
-
-
Kepentingan
TMK bukan sahaja sebagai alat dalam pembelajaran dan pengajaran malah bertindak sebagai penggerak bagi seorang guru dalam menjalankan tugas mengajar.
Penerapan TMK boleh melatih murid dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada masa akan datang seperti kemahiran menggunakan Microsoft Word, penggunaan emel, serta akses kepada Internet untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat.
Penggunaan TMK juga memberikan sokongan kepada guru untuk mendapatkan sumber daripada rangkaian luar dan seterusnya berupaya melakukan tranformasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penerapan TMK hakikatnya dapat diaplikasikan ke dalam semua mata pelajaran termasuk Matematik. Menurut beberapa kajian lepas, 89.5% guru Matematik menggunakan aplikasi asas TMK dalam pengajaran mereka.
Antara aplikasi asas tersebut ialah perisian kursus, persembahan, grafik dan visual serta demonstrasi atas talian (Keong, et al., 2005)
Penggunaan aplikasi yang dinyatakan bertujuan sebagai alat bantu mengajar Matematik. Hal ini menunjukkan kemahiran TMK guru meningkat dalam menerapkan pelbagai aplikasi teknologi melalui proses pengajaran dan pembelajaran murid.
Cabaran
Kekurangan khidmat sokongan untuk kerja penyelenggaraan
- Banyak komputer yang mengalami kerosakkan dibiarkan tanpa dibaik pulih untuk kerja penyelenggaraan.
- Dibebankan kepada guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer.
Isi kandungan dalam internet
Banyak maklumat yang tidak ditapis dan tidak sesuai seperti keganasan, hasutan dan maklumat tidak tepat.
Jurang digital
Pelajar yang pandai lebih berminat dalam P&P apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya berbanding pelajar yang lemah.
(Siti Norsapiah Hashim et al., 2017)
Ancaman kepada perkembangan sosial
Generasi Z dikatakan mempunyai kelemahan yang ketara seperti agak lemah dari segi perwatakan diri, kemahiran interpersonal dan masalah komunikasi lisan.
(Suhairun Nizam Supal & Maizatul Hayati Mohamad Yatim, 2020)
-
-
EDUP3033 T13
Alya Nabilah binti Muhammad Tarmizi
Farhana binti Mohd Husni
Nur Qurratu'ain Zakirah binti Noor Hisham