Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI - Coggle Diagram
CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI
Penyelesaian Masalah
Kaedah penyelesaian masalah melibatkan muridbergerak secara aktif dalamkumpulan-kumpulan kecil dan menyelesaikan masalahyang diberi secara berhati-hati (Glen & Wilkie, 2000).
Semasa murid melalui proses ini, mereka dapat mengerakkan minda secara aktif dengan meransang pemikiran kritis. Kaedah ini dapat menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep,prinsip, dan teori yang telah dipelajari walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauh atau atas talian.
Komunikasi dan kolaborasi
Komunikasi dalan P& P boleh berlaku secara bersemuka atau atas talian dengan menggunakan pelbagai media termasuk media digital yang membolehkan semua ahli berhubung tanpa had, masa dan lokasi.
Ciri-ciri komunikasi yang baik adalah menyampai dan menerima maklumat dengan jelas, padat, dan berfokus dan dapat menyesuaikan serta menyampaikan mesej kepada individu lain dengan sopan, mesra, dan hormat.
Komunikasi yang berkesan dapat diukur apabila mesej yang disampaikan dapat difahami dengan mudah, tepat, dan jelas oleh penerima.
Dalam konteks pendidikan, komunikasi diertikan sebagai satu proses penyampaian dan pertukaran maklumat antara individu kepada individu yang lain secara lisan atau bertulis atau bahasa badan.
Keupayaan guru yang dapat berkomunikasi dengan baik membantu mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan atasan, rakan sejawat, murid, ibu bapa dan orang awam.
Ciri-ciri pedagogi masa kini:
Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Baha Inggeris dan lain-lain bahasa.
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas.
Kebolehan membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan tahap pendengar.
Kebolehan berunding untuk mencapai persetujuan.
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya.
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain.
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
Kemahiran berfikir aras tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu.
Bagi mencapai hasrat ini, murid harus berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)
Literasi Teknologi, Maklumat
dan Komunikasi (TMK)
Hampir semua sekolah di Malaysia dapat dihubungkan melalu web menerusi aplikasi internet. Hal ini bermakna hampir semua murid di Malaysia terlibat dengan global classroom yang memberi peluang kepada mereka untuk membina hubungan dan berkongsi tentang apa-apa sahaja dengan murid di sekolah lain.
Likma ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity) sseperti WiFi, sifaty rangkaian sosial seperti Facebook dan Twwiter, engin pencarian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. Hal demikian kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan maklumat hampir 30 buah ensiklopedia yang telab dan mudah untuk murid mengakses maklumat sendiri.
Pembelajaran berasaskan projek
Guru akan memberi arahan dan penjelasan tentang projek.yang agak komplek serta mencabar untuk dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projeksecara hands-on dan minds-on serta melakukan aktiviti kajian. Pembelajaran berasaskan projek adalah berfokus kepada tugasan amali, serta sistematik dan terancang.
Pembelajaran kontekstual
Pelbagai kemudahan pembelajaran perlu disediakan seperti persekitaran bilik darjah yang, selesa, makmal yang lengkap dan teratur serta alat bantu belajar yang sesuan dengan pengalaman sedia ada murid.
Aktiviti pembelajaran banyak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial serta budaya murid.
Pembelajaran dilaksanakan secara konkrit iaitu secara praktik yang melibatkan aktiviti hand-on dan minds-on.