Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPERCAYAAN KEPADA YANG GHAIB (JIN) - Coggle Diagram
KEPERCAYAAN KEPADA YANG GHAIB (JIN)
Jin termasuk dalam golongan pelbagai makhluk ghaib kerana jin itu sendiri adalah disebabkan oleh keadaan keghaibannya terselindung dari pandangan mata kasar manusia.
Jin mempunyai tanggungjawab terhadap Allah dan tertakhluk di bawah kekuasaan Allah sebagaimana manusia.
Sifat dan perwatakan jin
Jin yang dijadikan daripada sejenis api bersih dan tulen (lidah api) yang tidak mengeluarkan sebarang asap, mempunyai bahang kepanasan yang amat panas.
Makhluk jin yang diciptakan lebih awal daripada penciptaan manusia, dari angin api yang panas sehingga menyerap ke liang bulu roma.
Makhluk jin yang berkahwin dan mempunyai zuriat.
Jin yang tidak dapat dilihat oleh manusia tetapi manusia boleh dilihat oleh jin.
Jin yang boleh menerima ilmu dan ma'rifah, mempunyai iradah dan ikhtiar, merupakan makhluk yang ditaklif dengan keimanan dan ibadat dan ditegah dari melakukan maksiat dan kufur kepada Allah.
Jin yang terdiri dari dua golongan iaitu golongan beriman kepada Allah dan kafir.
Jin yang akan dikumpul dan dihisab segala amal perbuatan mereka sama ada balasan baik atau balasan buruk.
Jin yang mempunyai berbagai upaya atau kekuatan yang hebat serta mempunyai pertukangan yang luar biasa. (Jin Nabi Sulaiman).
Jin yang boleh mengetahui berita dari langit menerusi pemberitahuan yang dibuat oleh malaikat
Jin yang makan dan minum dan caranya adalah tidak diketahui oleh manusia, Allah membekalkan kepada mereka bahan sepertu tulang, tahi binatang ternak serta arang kayu sebagai rezeki kepada mereka.
Jin yang diberi upaya untuk boleh berubah rupada dan bentuk lalu menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa yang bersifat jasmani sama ada manusia, binatang dan sebagainya.
Setiap muslim wajib mengimani kewyjudhan makhluk jin
ISTILAH JIN
SYAITAN
Merujuk kepada sikap sombong dan derhaka kepada tuhannya.
Syaitan dan jin merupakan makhluk yang sama jenis
Syaitan adalah golongan jin yang kafir dan sombong serta derhaka kepada Allah.
AFRIT ('AFARIT) - Kumpulan makhluk jin yang berada pada tahap kemuncak kejahatan dan sifat kekejiannya, lebih jahat dan keji dari syaitan dan iblis.
IBLIS
Kalangan yang tidak ada apa-apa kebaikan disebabkan golongan ini berputus asa dengan rahmat Allah.
Tergolong dalam kalangan jin kafir