Pengaruh kaum India ke atas Tanah Melayu boleh dikesan seawal abad pertama mengikut rekod kajian para pengkaji sejarah. Kaum India telah mula aktif di nusantara ini sebagai pedagang dari India yang berdagang barang-barang berharga pada masa itu seperti fabrik, besi, rempah-ratus, emas dan sebagainya. Kaum India juga merupakan antara golongan yang paling dihormati pada masa itu, kerana berperanan sebagai pengukir arca yang mahir dan berperanan dalam urusan diplomasi dan ilmu laut. Tidak boleh dinafikan pada suatu masa dahulu, kapal-kapal maritim India pernah berlabuh di perairan ini secara megah. Kebanyakkan pedagang-pedagang India telah berkahwin dengan penduduk sini dan telah memulakan penempatan di sini. Ditambah pula, dengan Penaklukkan Rajendra Chola ke atas Kedah Tua (Kadaram), Empayar Sriwijaya dan yang lain pada abad ke-11 yang menyaksikan peninggalan kesan yang boleh dilihat sehingga kini seperti Batu Nandi, Batu Bersurat Sungai Mas, Patung Avalokiteswara, kebanyakkan candi-candi dan peninggalan arkeologi sejarah. Kaum India telah sejak itu, memainkan peranan yang cukup luas dalam perkembangan nusantara ini sebelum kemasukan kuasa jajahan asing. Tambahan pula semasa era kesultanan Melayu Melaka dan penaklukkan kuasa portugis seterusnya kuasa belanda, lebih ramai kedatangan masyarakat India yang hadir sebagai pedagang dan menetap di sini. Kewujudan kuil ‘Sri Poyatha Moorthy’ yang merupakan kuil yang dibina pada masa itu adalah bukti nyata. Juga tidak dilupa penemuan ukiran hindu di Sungai Udang, Melaka dan penemuan ‘Makaram’ yang menjadi kemegahan