Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMIKIRAN KEBAHAGIAAN MENURUT ARISTOTLE DAN IBNU MISKAWAYH: SATU ANALISIS…
PEMIKIRAN KEBAHAGIAAN MENURUT ARISTOTLE
DAN IBNU MISKAWAYH: SATU ANALISIS AWALAN
ARISTOTLE
Eudaimonia Dan Kesederhanaan
Contoh
sabar merupakan sifat di antara marah dan kelesuan
sifat ramah di antara sifat bengis dan pendiam
Konsep
dicapai melalui akal di antara kebaikan dan keburukan dengan mengambil jalan tengah di antara kurang dan terlalu banyak
Keutamaan
phronesis (kebijaksanaan praktikal)
penentu terhadap apa jua bentuk kesederhanaan tertentu
Maksud
kesederhanaan memimpin manusia melalui jalan yang lurus daripada terjebak dengan bahaya-bahaya yang ada di sekelilingnya
Rumusan
baik dalam erti moral jika mengadakan pilihan rasional yang tepat
memilih sifat kesederhanaan
Eudaimonia Dan Fungsi Nalaran
Fungsi
akal
keunggulan yang ada pada manusia berbanding makhluk lain
menjalankan fungsinya dengan baik, ia melibatkan aktiviti rasionalnya iaitu nalar atau akal dengan secara paling baik
jenis
kebaikan intelektual
menyempurnakan akal
kebaikan moral
menjalankan pilihan yang perlu dalam kehidupan seharian
menentukan jalan tengah di antara dua ekstrem yang bertentangan
Eudaimonia
memenuhi fungsinya secara sempurna
keupayaan akal untuk berfikir dan berhujah
peranan manusia yang menggunakan akal dan bertindak sebagai manusia untuk mencapai kebahagiaan yang tidak boleh dimiliki oleh makhluk lain
Eudaimonia & Aristotle Sebagai Tujuan
.
Dua Ciri-ciri Kebaikan Tertinggi
Sesuatu kebaikan yang jelas dan hanya terdapat pada manusia. Kebaikan tertinggi adalah kebahagiaan (Aristotle 1962).
kebaikan tertinggi tersebut mestilah bersifat pencapaian yang terakhir dan tidak wujud lagi kebaikan
3 asas pembahagian yang terdapat dalam tujuan utama.
Tujuan yang kita ingini semata-mata untuk mencapai tujuan tersebut seperti setia kawan, keseronokan dan kemegahan.
Tujuan utama yang kita pilih dengan makna mencapai tujuan lain seperti kesihatan.
Tujuan yang akhir bagi semua tujuan iaitu eudaimonia (Lim 1996).
Eudaimonia merupakan kebaikan tertinggi bagi manusia.Setiap perbuatan menuju kearah sebuah tujuan dan persoalan timbul
apabila banyaknya tujuan akhir yang dicapai oleh manusia.Jika terdapat banyak tujuan, maka yang paling akhir dan tertinggi dipilih sebagai tujuan paling akhir (Aristotle 1962).
Konsep Kebahagiaan
Konsep kebahagiaan dikenali oleh masyrakat Yunani klasik pada masa tersebuk dikenali sebagai Eudaimonia
John Cooper (1986) menggunapakai perkataan 'kehidupan yang menyenangkan' bagi menggambarkan eudaimonia merujuk kefahaman Aristotle
Kebahagiaan bukanlah suatu keadaan mental, perasaan kepuasan hati, tetapi merupakan suatu aktiviti dan aktiiviti tersebut dilakukan sepanjang kehidupan
IBNU MISKAWAYH
Kebahagiaan menurut Ibn Miskawayh
kebahagiaan manusia adalah hasil manifestasi kebahagiaan yang terkandung melalui perbuatan kemanusiaannya yang benar dengan penuh rasa kecerdasan dan ketajaman akal.
Kebahagiaan merupakan cetusan dari hati dan jiwa yang bersih dan seseorang tidak akan dapat mencapai kebahagiaan yang sempurna tanpa mempelajari hikmah dan falsafah (ilmu pengetahuan).
Kebahagiaan semua makhluk terkandung dalam keadaan lengkap dan sempurna melalui perbuatan yang istimewa dan tersendiri.
Hubungan kebahgiaan dan kebaikan(al-khayr)
Kebahagiaan (al-sa’adah) sebagai kebaikan terakhir dan tertinggi
Kebaikan yang penamat, iaitu terakhir dimaksudkan dalam konteks kebaikan yang tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain
Mempunyai kaitannya dengan jiwa (nafs), bersifat fizikal dan kebaikan luaran
Fungsi Nalaran
Konsep
terkandung di dalam kesempurnaan akal:
teoritikal
praktikal
Kebahagian akan mencapai apabila manusia mencapai kesempurnaan pada kedua-dua jenis akal ini.
Setiap kewujudan mempunyai fungsi khusus yang baik, dan setiap perbuatan akhir bagi semua kewujudan haruslah bersandarkan kepada perkara yang terbaik
Fungsi
mencerminkan manusia sebagai kewujudan yang mempunyai akal rasional tidak seperti kewujudan lain.
Kebahagiaan tidak mengandungi keseronokan, kekayaan, kesihatan atau kemegahan.
Kaedah Mencapai Kebahagiaan Ibn Miskawayh
Pengetahuan atau hikmah merupakan jalan untuk mencapai kebahagiaan yang sempurna.
contoh
Meninggalkan kepentingan dunia, iaitu perkara yang bersifat badani, dan hanya mengambil berat tentang jiwanya iaitu membersihkan jiwa dan menyucikan hati dari keindahan duniawi.
Jiwa tidak akan lengkap dan mencukupi kecuali dengan menggabungkan kebahagiaan luaran kerana kebahagiaan adalah berbentuk fizikal dan spiritual.
Jiwa dan hati yang bersih sebagai syarat dan cara memperoleh kebahagiaan.
Pengetahuan merupakan permulaan dan 62indakan atau tingkah laku merupakan akhir natijah dari permulaan tersebut.
Perbandingan
Persamaan
Kebahagiaan
Sebagai matlamat akhir dan kebahagiaan adalah matlamat akhir tindakan dan perlakuan.
Kebaikan tertinggi
Bersetuju bahawa kekayaan, kesihatan, keseronokan dan sebagainya bersifat kebaikan tertinggi yang menjadi tujuan utama manusia bukanlah kebahagiaan yang sebenar.
Fungsi akal
Menurut mereka, jika akal berfungsi dengan baik, dengan memaksimumkan penggunaannya, maka kebahagiaan tidak akan dapat dicapai.
Perbezaan
Aristotle membahaskan fungsi akal hingga segala tingkah laku perbuatan manusia haruslah dipandu dengan jalan tengah. Manakala Ibnu Miskawayh lebih menumpukan kepada kesempurnaan sesebuah perbuatan seorang manusia iaitu aktiviti yang berkait dengan berfikir, menaakul, merenung dan sebagainya.
Ibnu Miskawayh merumuskan cara mendapatkan kebahagiaan dengan dua perkara yang penting iaitu dengan hikmah (pengetahuan) dan penyucian jiwa. Manakala perbahasan Aristotle wujud sedikit kepentingan hikmah seperti aktiviti berfikir, namun elemen penyucian jiwa tidak wujud dalam perbahasannya.
Ibnu Miskawayh lebih bersifat spiritual iaitu dapat dilihat beliau meletakkan kepentingan jiwa dan hati yang bersih sebagai syarat dan cara memperoleh kebahagiaan. Manakala Aristotle yang membincangkan pencapaian kebahagiaan hanya dalam bentuk keduniaan sahaja iaitu boleh dilihat bahawa beliau menekankan kebahagiaan dengan aspek politik.
KEBAHAGIAAN
Kebahagiaan merupakan topik utama dala semua agama dan sistem etika
Plato mengaitkan tujuan akhir kebahagiaan dengan keadilan
Aristotle menganggap kebahagiaan berkait rapat dengan tingkah laku yang baik
Golong Epicureanisme dan Cynikisme menanggap keseronokan ialah punca kebahagiaan
Dalam perbincangan falsafah akhlak Islam, persoalan yang selalu dikaitkan dengan matlamat tertinggi kehidupan manusia seperti kesihatan, kekayaan, wang dan ilmu sering disalah erti sebagai kebahagiaan
Kebahagiaan menurut Ibn Miskawayh
Kebahagiaan merupakan cetusan dari hati dan jiwa yang bersih dan seseorang tidak akan dapat mencapai kebahagiaan yang sempurna tanpa mempelajari hikmah dan falsafah (ilmu pengetahuan).
Kebahagiaan semua makhluk terkandung dalam keadaan lengkap dan sempurna melalui perbuatan yang istimewa dan tersendiri.
kebahagiaan manusia adalah hasil manifestasi kebahagiaan yang terkandung melalui perbuatan kemanusiaannya yang benar dengan penuh rasa kecerdasan dan ketajaman akal.
Definisi