Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA - Coggle Diagram
PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA
AGAMA
Tamadun India meninggalkan pengaruh yang besar kepada Tamadun Malaysia melalui penyebaran agama secara khususnya adalah agama Buddha dan Agama Hindu yang banyak dianuti oleh masyarakat di tamadun Malaysia.
Agama Hindu mempunyai lima konsep utama iaitu Brahman, Atman, Karma, Karma Mokhsa dan Samsara.
Selain daripada itu, agama Hindu juga mempunyai kitab sucinya yang tersendiri yang dikenali sebagai Veda.
Seperti agama Hindhu, agama Buddha juga percaya kepada hukum Karma dan Samsara yang ditekankan oleh agama Hindu.
Saban tahun kita boleh melihat penganut agama Buddha dan Hindu mengamalkan upacara keagamaan yang tersendiri saban tahun seperti Wesak dan Deepavali.
Pengaruh daripada segi amalan dan konsep, agama Hindu juga memberikan pengaruh dan sumbangan daripada segi amalan perkahwinan, kesenian, makanan, konsep devaraja dan sebagainya.
Pada awalnya, penduduk tempatan berpegang kepada kepercayaan animisme. Masyarakat Melayu ketika itu tertarik dengan ajaran Hindu kerana terdapat persamaan iaitu mengaitkan kepercayaan mereka dengan roh dan alam semulajadi.
ADAT ISTIADAT
Pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu ialah adat melenggang perut. Upacara melenggang perut ini akan di lakukan oleh Tuk Bidan dan ini merupakan kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat.
Adat berinai juga merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu. Majlis berinai dijalankan secara berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
Adat membelah mulut bayi. Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi yang baru lahir dan bagi upacara ini bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi seperti yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
Tapi bagi Islam, adat ini diganti dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma ke dalam bibir bayi tersebut. Pembacaan mentera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga telah digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas kemudian dibacakan doa.
KESENIAN
Antara sumbangan kesenian tamadun India di Malaysia adalah dari seni tarian. Seni tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia,
Salah satu tarian yang masih di amalkan oleh kaum India pada hari ini ialah Tarian Bharata Natyam. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India.
Tarian Khatak juga merupakan salah satu lagi tarian klasikal India.
BUDAYA
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata.
Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakkan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri.
Rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme.
Upacara perkahwinan dan persandingan dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di Malaysia.
Makanan tradisional yang lain adalah seperti kuih muih tamadun India iaitu muruku dan juga makanan tradisional lain seperti nasi beriani.
Pakaian tradisional tamadun India telah banyak mempengaruhi dan meninggalkan kesan kepada tamadun Melayu dan rakyat Malaysia. Antara pakaian tradisional tamadun India ialah sari dan kurta.
ILMU PENGETAHUAN
Penggunaan bahasa dari bahasa hindu
banyak dijadikan asas kepada kesusasteraan India.
Pengaruhnya boleh dilihat dalam konteks penggunaan bahasa Melayu pada zaman empayar Srivijaya. Batu bersurat yang dijumpai di sekitar Palembang(kurun ke-7M), Talang Tuwo(684M) dan di Pulau Bangka(686M) menunjukkan bukti bahawa terdapat kira-kira 70% kosa kata bahasa Melayu kuno dan 30% lagi kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
Bahasa Melayu memang mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Sanskrit.
SENI BINA
Pedagang-pedagang yang datang ke Tanah Melayu dahulu banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak menyerupai bentuk seni bina kuil Hindu di India. Walaupun begitu pengaruh seni bina Selatan India juga banyak mempengaruhi seni bina masjid.
Pengaruh India tidak banyak mempengaruhi seni bina bangunan di Malaysia.
Tamadun Malaysia juga banyak menerima pengaruh kebudayaan dari tamadun India.
Seni bina yang bercirikan India di Malysia juga dapat dilihat dalam beberapa reka bentuk bangunan di Malaysia. Sebagai contoh, reka bentuk Taj Mahal yang begitu unik dan penuh dengan ukurin kreativiti tamadun India. Pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia yang terletak di Putrajaya mengambil contoh reka bentuk Taj Mahal di India.