Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI - Coggle Diagram
CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI
Komunikasi dan Kolaborasi
Komunikasi ialah perhubungan. Kolaborasi bermaksud bekerja bersama-sama.
Ciri-ciri komunikasi yang baik adalah menyampai dan menerima maklumat dengan jelas, padat, dan berfokus dan dapat menyesuaikan serta menyampaikan mesej kepada individu lain dengan sopan, mesra, dan hormat.
Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Baha Inggeris dan lain-lain bahasa.
Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas.
Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Murid masa kini berada gelombang teknologi maklumat yang hebat, maka setiaop murid perlu celik komputer dan pelbagai media.komukikasi yang lain
Likma ciri terbaik apabila membina komunikasi secara interaktif melalui TMK adalah sifat mobilitinya seperti menggunakan telefon pintar, sifat penyambungan (connectivity) sseperti Wi-Fi, sifaty rangkaian sosial seperti Facebook dan Twiter, engin pencarian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Youtube dan Wikipedia.
Semua murid di Malaysia terlibat dengan global classroom yang memberi peluang kepada mereka untuk membina hubungan dan berkongsi tentang apa-apa sahaja dengan murid di sekolah lain.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai, dan membuat penaakulan, dan membuat refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu.
murid haruis berfikir pada aras pemprosesan kognitif yang lebih tinggi dalam proses P&P. Kualiti pembelajaran masa kini mahukan murid menguasai kemahiran berfikir seperti mana yang termaktub dalam aspirasi kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025)
Pembelajaran Berasaskan Projek
kaedah pembelajaran apabila guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid. Guru akan memberi arahan dan penjelasan tentang projek.yang agak komplek serta mencabar untuk dilaksanakan.Murid pula dikehendaki melaksanakan projeksecara hands-on dan minds-on serta melakukan aktiviti kajian.
Pembelajaran melibatkan kutipan data dan analisis data serta menyediakan satu laporan yang betul. Aktiviti projek dapat dilaksanakan secara individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal.
Penyelesaian Masalah
kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan murid berfikir secara aktif.
melalui proses ini, mereka dapat mengerakkan minda secara aktif dengan meransang pemikiran kritis. Kaedah ini dapat menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep.prinsip, dan teori yang telah dipelajari walaupun dalam mod pembelajaran jarak jauhatau atas talian.
Pembelajaran Kontekstual
Proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian murid dengan kehidupan sebenar dirancang mengikut konteks persekitaran murid.
Guru perlu cekap menggabungkan isi pelajaran berasaskan kurikulum stansard semasa dengan pengalaman hidup murid di dalam pesekitaran sekolah dan persekitaran kehidupan sebenar mereka. Pendekatan ini membantu murid memahami isi pelajaran dengan jelas dan mudah.