Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3 : LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU - Coggle Diagram
BAB 3 : LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU
3.1 PENGHIJRAHAN INTRAWILAYAH SEBELUM ZAMAN KESULATANAN MELAYU MELAKA
Sebelum kewujudan kesultanan melayu melaka, kerajaan maritim (kelautan) Asia Tenggara menjadi pusat pertemuan pelbagai bangsa dan zaman perdagangan sekita abad ke 12 masihi dan abad ke 14 masihi.
Masyarakat pada masa itu menetap di Kepulauan Melayu atau Nusantara berpindah dari satu pulau ke pulau lain atau pulau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya.
Banyak kerajaan maritim telah wujud dan menjadi pusat penjanaan ekonomi yang mengamalkan sistem ekonomi perdagangan.
Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada kedudukan Kepulauan Melayu sebagai kerajaan maritim yang penting ialah kemudahan asas yang disediakan di pelabuhan seperti
tempat tinggal
bekalan air
stor prnyimpanan barang
tempat berniaga
bengkel membaiki kapal
3.2 PENGHIJRAHAN SEMASA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
3.2.1 KEDATANGAN PEDAGANG ARAB DAN PARSI
Pembukaan Melaka pada 1400 masihi oleh Parameswara merupakan peristiwa bersejarah yang menandakan kemasukan komuniti imigran dari negara-negara luas ke Kepulauan Melayu.
Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang termasyur di rantau Alam Melayu.
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat rantau ini mengamalkan kepercayaan animisme , agama Hindu atau Buddha.
Kedatangan Islam ke rantau ini berdasarkan tiga teori dominan yang telah dijelaskan oleh para sarjana iaitu :
1) melalui para pedagang serta mubaligh Arab, India dan China.
2) penemuan Batu Nisan di Grisek, Pulau Jawa pada seawal abad ke 11 mashi.
3) penemuan Batu Bersurat bertarikh 1303 Masihi di Kuala Berang, Terengganu.
Agama Islam telah membawa kepada pengenalan satu ideologi yang rasional, radikal dan progresif.
Semasa pelayaran, para pedagang Arab dan Parsi akan singgah di Melaka untuk mendapatkan bekalan air, makanan dan keperluan lain.
Semasa persinggahan tersebut, mereka telah berinteraksi dengan penduduk setempat.
Sebahagian daripada pedagang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan pendudk tempatan dan terus menetap di Melaka.
Sifat lemah lembut dan pengaruh yang kuat dari segi pemilikan harta dan sifat ketokohan para pedagang telah berjaya menarik golongan istana dan rakyat untuk memeluk islam.
3.2.2 KEDATANGAN PEDAGANG CHINA DAN INDIA
Lazimnya pedagang dari China dan India yang berlabuh di Melaka akan berurus niaga dengan penduduk tempatan dan saudagar dari negara-negara lain melalui aktiviti penjualan dan pertukaran barang.
Melaka mendapat keuntungan yang besar dengan sebagai pusat perantaraan urus niaga barang dari pelbagai negara.
Biji timah merupakan barangan dagangan utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Perdagangan biji timah telah menarik minat para pedagang asing untuk berdagang di Melaka.
Dasar luar yang diamalkan oleh kerajaan Kesultanan Melayu Melaka turut menyumbang kepada perkembangan pesat aktiviti perdagangan dan ekonomi Melaka pada masa itu.
Melaka turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan Benua China melalui beberapa orang laksamana daripada Dinasti Ming ke Melaka.
Perhubungan antara Melaka dan China menjadi semakin erat apabila salah seorang Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah telah berkahwin dengan anak Maharaja China.
Perhubungan ini terjalin disebabkan kedudukan geografi Tanah Melayu yang strategik iaitu berada di tengah-tengah laluan antara India dan China.
Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, telah ada bukti sejrah tentang kewujudan perhubungan perdagangan antara masyarakat Melayu dengan India melalui penemuan candi di Lembah Bujang, Kuala Muda di Kedah.
Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan iaitu entrepot yang maju.
Kewujudan empayar besar iaitu Majapahit antara tahun 1293 Masihi sehingga sekitar tahun 1500 Masihi merupakan bukti kukuh pengaruh Hindu di rantau Alam Melayu.
Ada pedagang India yang telah berkahwin dengan wanita daripada golongan bangsawan Melayu.
3.2.3 KEDATANGAN PEDAGANG EROPAH
Portugal, Belanda, Sepanyol, Perancis dan Britain merupakan beberapa buah negara Eropah terawal yang terlibat dalam aktiviti penjajahan dan perdagangan di Tanah Melayu.
Bertujuan menguasai jalan perdagangan ke Timur dan kedatangan pedagang Eropah juga dalah untuk meyebarkan agama Kristian bagi menyaingi penyebaran agama Islam yang pesat di Timur pada masa itu.
Melaka telah menjadi sasaran utama oleh kuasa Eropah dalam aktiviti perdagangan dan penjelajahan mereka.
Perdagangan antara Eropah dan Timur dikuasai oleh pedagang Islam dan Itali.
Aktiviti penjelajahan dan penjajahan Portugal dan Sepanyol lebih didorong oleh faktor 3G iaitu
Gospel (agama)
Gold (ekonomi)
Glory (politik)
Orang Eropah datang ke Timur untuk mendapatkan teh, rempah dan sutera.
3.3 PROSES ASIMILASI ANTARA GOLONGAN IMIGRAN DENGAN MASYARAKAT TEMPATAN
3.3.1 PERDAGANGAN DAN PERKAHWINAN
Interaksi sosial yang wujud antara pedagang asing dengan penduduk tempatan telah membawa kepada pertembungan budaya yang berlainan.
Para pedagang asing mula menyesuaikan diri mereka dengan keadaan tempatan seperti
mempelajari bahasa tempatan dan cara hidup (budaya) orang tempatan.
berkahwin dengan orang tempatan.
Pedagang dari India juga telah berkahwin dengan penduduk tempatan.
Perkahwinan antara pedagang China dan India dengan penduduk tempatan telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
3.3.2 PEMBENTUKAN PLURALITI BAHARU
Pembentukan pluraliti baharu terbahagi kepada enam kelompok masyaraka seperti
a) masyarakat Melayu-Arab
b) masyarakat China Peranakan
(Baba Nyoya)
c) masyarakat India Muslim
d) masyarakat Jawi Peranakan
e) masyarakat Serani
b) masyarakat China Peranakan.
Perhubungan diplomatik menjadi lebih erat apabila Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po iaitu puteri Maharaja China.
Dari segi budaya, identiti utama masyarakat Baba Nyonya di Melaka dapat dilihat melalui penggunaan dialek Melayu-Baba.
Kehidupan mereka masih dipengaruhi adat dan budaya masyarakat Cina.
Baba merujuk kepada kaum lelaki manakala Nyonya merujuk kepada kaum wanita.
Dari segi pemakaian, Nyonya biasanya memakai baju kebaya dengan kain batikyang mengambarkan identiti unik komuniti mereka.
Dari segi upacara perkahwinan, Baba Nyonya masih mengekalkan tradisi kaum Cina.
Dari segi amalan keagamaan, kebanyakan mereka masih berpegang pada ajaran Buddha.
c) masyarakat India Muslim
Perkahwinan campur antara orang berketurunan India dengan masyarakat tempatan telah membentuk sebuah masyarakat minoriti yang dikenali sebagai masyarakat India Muslim.
Bukti kehadiran pedagang dari India ditemukan dalam catatan sejarah Melaka.
Tanjung Kling di Melaka dinamakan oleh Portugis memandangkan ramai pekerja India yang bekerja di tempat tersebut pada masa itu.
Kebanyakkan anngota masyarakat India Muslim lebih gemar berbahasa Tamil untuk beinteraksi dalam kehidupan seharian.
d) masyarakat Jawi Peranakan.
Terbentuk hasil perkahwinan campur antara wanita Melayu di Pulau Pinang dengan lelaki India Muslim dari Selatan India.
Sebahagian gemerasi muda Jawi Peranakan dapat memahami dan dapat bertutur dalam bahasa Tamil.
Perbezaan yang jelas antara masyarakat Jawi Peranakan dengan masyarakat India Muslim dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa walaupun kedua-dua masyarakat ini menganut agama Islam.
Masyarakat Jawi Peranakan lebih gemar menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan masyarakat India Muslim yang lebih gemar menggunakan bahasa Tamil.
e) masyarakat Serani.
Masyarakat ini telah terhasil daripada perkahwinan campur antara orang Portugis dengan penduduk tempatan.
Masyarakat ini menganut agama Kristian dan bermazhab Katolik Roman, namun ada juga yang beragama Islam.
a) masyarakat Melayu- Arab.
Masyarakat Arab yang berhijrah ke Melaka pada peringkat awal rata-rata terdiri daripada masyarakat pedagang.
Dikenali sebagai gelaran syed.
Kebanyakan golongan syed yang menetap di Alam Melayu khususnya di Tanah Melayu berasal dari Hadramaut di selatan Semenanjung Tanah Arab.
Golongan syed terdiri daripda pedagang yang berjaya dan ulama yang dihormati.
Perkataan syed berasal daripada perkataan Arab iaitu ' sayyid' yang bermaksud ketua suku.
Golongan syed ini lebih dikenali sebagai masyarakat Melayu-Arab disebabkan perkahwinan campur yang berlaku antara orang Melayu dengan orang Arab.
3.4 PLURALITI MASYARAKAT DI SABAH DAN SARAWAK
3.4.1 SEJARAH RINGKAS SABAH DAN SARAWAK
Sabah dan Sarawak terletak di kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan di bahagian Selatan.
Dari segi sejarah, Sabah dan Sarawak mempuyai banyak persamaan kerana kedua-dua negeri ini pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak dan penguasaan British North Borneo Chartered Company (BNBC) ke atas Sabah.
Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara.
Sabah ditadbir oleh BNBC sehingga tercetus Perang Dunia Kedua tahun 1941 apabila negeri itu ditakluki oleh tentera Jepun.
Setelah tamat perang pada tahun 1945, Borneo Utara telah diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British (BMA) sebelum diserahkan kepada kerajaan Britain untuk dijadikan tanah jajahan mahkota British pada tahun 1946.
Pada abad ke 19, Sarawak telah diperitah oleh Kesultanan Brunei.
Setelah James Brooke berjaya menumpaskan pemberontakan di Sarawak, beliau dilantik oleh Sultan Brunei menjadi Gabenor Sarawak pada bulan September 1841.
Diberikan gelaran Rajah pada bulan Ogos 1842.
Selepas kematiannya pada bulan 1868, James Brooke digantikan oleh anak saudaranya, Charles Anthony Brooke.
Beliau mentadbir Sarawak hampir 50 tahun dan meniggal dunia di England pada Mei 1917.
Digantikan oleh anaknya iaitu Charles Vyner Brooke.
Sabah dan Sarawak terus kekal menjadi tanah jajahan British selepas Perang Dunia Kedua sehingga kedua-dua negeri itu mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 16 September 1963.
3.4.2 LATAR BELAKANG DEMOGRAFI NEGERI SABAH
Sabah dikenali sebagai negeri di bawah bayu.
Merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia.
Negeri Sabah bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan Sarawak di sebelah barat daya.
Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2010), penduduk negeri Sabah berjumlah 3.21 juta orang.
Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dan suku kaum yang berkomunikasi lebih daripada 50 bahasa dan 80 dialek etnik.
Penduduk peribumi asli Sabah terdiri daripada kaum Kadazan, Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk dan lain-lain.
Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar.
Mereka mewakili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah pada abad ke 19.
Penduduk asal di Sabah yang dikenali sebagai masyarakat bumiputera atau peribumi ialah golongan terbesar yang membentuk 61.3 %.
Diikuti oleh masyarakat bukan bumiputera iaitu 11 %.
Warganegara asing yang berjumlah 27.7 %.
Kebanyakan warganegara asing yang berhijrah ke Sabah adalah dari Filipina dan Indonesia.
Selain bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan utama.
Terdapat juga bahasa-bahasa lain yang dituturkan oleh masyarakat tempatan seperti bahasa Kadazan, Dusun, bahasa Cina
(dialek Mandarin dan Hakka), Tombonuo, Sungai dan lain-lain.
Dari segi agama, pada tahun 1960, peratus pendudk yang beragama Islam ialah 37.9%, kristian 16.6%.
3.4.3 MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH
Kadazan - Dusun
kaum peribumi terbesar yang meliputi 30% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri Sabah.
Dikenali sebagai 'Momogun' bermaksud orang asal atau 'Mamasok' bermaksud orang asli.
Dibahagikan kepada 40 suku kaum yang bertutur pelbagai bahasa dan dialek serta mengamalkan pelbagai budaya dan adat resam.
istilah 'Kadazan' telah digunakan untuk menyatukan 14 suku kaum bagi memberikan mereka suara yang lebih besar.
Cadangan itu telah dipersetuji ramai dan akhirnya sebagai tolak ansur istilah 'Kadazan-Dusun' telah digunakan.
Dari segi petempatan, etnik Kadazan menetap di kawasan lembah dan secara tradisinya terlibat dalam kegiatan penanaman padi.
Etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pendalaman Sabah.
Suku kaum Dusun yang menetap di pantai Barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparulli, Tenghilan, Kota Belud dan di lembah bukit di Ranau, Tambunan dan Keningau ialah petani yang menjalankan aktiviti menanam padi sawah dan padi huma.
sebahagian daripadanya memburu serta menangkap ikan sungai.
kebanyakan mereka tinggal di sekeliling lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Dari segi perayaan, Pesta Kaamatan
(Pesta Menuai) meruapakan perayaan utama orang Kadazan-Dusun.
Disambut pada bulan Mei setiap tahun selepas musim menuai.
Pesta ini disambut oleh masyarakat Kadazan-Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik.
Perayaan ini juga turut disambut oleh kaum lain di Sabah.
Tarian tradisi ialah tarian sumazau.
Bisaya
suku kaum peribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo.
penempatan mereka tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Kilas dan Pulau Gaya di Labuan.
Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya dikatakan berasal daripada sebutan " mabisa iya " yang bermaksud seorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah.
kegiatan ekonomi tertumpu dalam bidang pertanian seperti menanam padi, halia, kunyit, pokok rumbia dan pokok buah- buahan lain.
mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai sumber makanan.
mereka juga mahir dalam seni kraftangan dan peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian seperti menangkap ikan dengan menggunakan selambau, manakala di laut pula mereka menggunkan pukat dan bagang untuk mendapatkan hasil laut.
mereka juga mempunyai tarian sendiri iaitu tarian bubu.
tarian ini dipersembahakan dalam upacara perkahwinan, pertunagan dan jamuan.
mereka juga percaya kepada kuasa ghaib.
Melayu- Brunei
masyarakat melayu-brunei merangkumi kira-kira 5.71% penduduk di Sabah.
hampir seluruh penduduk Melayu di selatan negeri Sabah seperti daerah Sipitang, Kuala Penyu, Beufort dan Papar serta Labuan yang berketurunan Melayu-Brunei.
kegiatan ekonomi lebih tertumpu kepada aktiviti berdagang, bertani dan memungut hasil laut.
Bajau
suku kaum peribumi kedua terbesar selepas Kadazan yang merangkumi 14% komposisi penduduk negeri Sabah.
Masyarakat Bajau yang menetap di kawasan pantai barat dikenali sebagai Bajau Darat.
tertumpu di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud serta Papar.
Masyarakat Bajau yang menetap di kawasan pantai timur yang dikenali sebagai Bajau Laut.
tertumpu di sekitar Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau.
Orang Suluk
berasal dari Kepulauan Sulu di selatan Filipina sejak zaman Kesultanan Sulu.
mereka tidak memanggil diri sebagai Suluk tetapi menggelar diri sebagai ' Tausug' yang bermaksud 'Orang dari Sulu'
Penempatan orang Suluk di Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.
bahasa seharian orang Suluk ialah bahasa Tausug.
orang Suluk menganut agama Islam dan kegiatan ekonomi mereka ialah memungut sarang burung, hasil hutan dan hasil laut.
Tarian bolak-bolak ialah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan 'gabbang'.
Penaru menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digengam dengan tangan, dua bilah kayu dalam sebelah tangan dan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.
3.4.4 KEDATANGAN MASYARAKAT IMIGRAN DI SABAH
pada abad ke 19 kemasukan penduduk dari luar ke Sabah semakin bertambah apabila pentadbiran BNBC mengambil pekerja upahan secara berterusan terutamanya dari Kalimantan dan Filipina.
Orang Cina
kemasukan orang Cina di Sabah agak berbeza berbanding kaum Cina d Tanah Melayu kerana kedatangan mereka tidak didorong oleh pembukaan kawasan lombong biji timah.
sebaliknya, kedatangan orang Cina di Sabah ialah akibat galakan daripada syarikat-syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBC).
perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke 20 menarik perhatian buruh-buruh Cina untuk datang ke Sabah.
pada tahun 1930, terdapat 30 buah ladang getah dengan hampir separuh tenaga buruh terdiri daripada orang Cina.
Orang Indonesia - buruh dari Jawa digalakkan masuk ke Sabah oleh BNBC untuk bekerja di ladang tembakau dan getah.
buruh dari Jawa mula tiba pada tahun 1882, iaitu seramai 70 orang dan dibawa masuk dari Singapura oleh seorang ahli syarikat iaitu W.H. Read.
Mulai tahun1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur apabila
Orang India - masyarakat imigran yang bertapak sejak di bawah pentadbiran BNBC di Sabah.
Pada awalnya mereka lebih tertumpu pada sektor tertentu seperti bidang pentadbiran, sokongan dan teknikal.
Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil.
Perkembangan ini memperlihatkan cara kemasukan mereka agak berbeza dengan masyarakat India di Tanah Melayu.
Terutamanya orang Tamil yang dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruhdi ladang-ladang getah.
Sebaliknya masyarakat India di Sabah dibawa masuk untuk mengisis jawatan dalam pelbagai jawatan kerajaan di bawah pentadbiran BNBC.
Perkara ini berlaku kerana BNBC mengalami masalah kekurangan kakitangan akibat daripada keenganan bangsa Eropah yang lain untuk datang berkhidmat di Sabah atas alasan bahawa negeri ini masih mundur.
Mereka lebih gemar dihantar berkhimat ke Hong Kong atau Singapura.
Perkahwinan campur pertama di Sabah dalam kalangan orang Sikh telah berlangsung pada 19 Oktober 1993 antara Sarban Singh dan Saya Kaur (nama baharu) yang berasal dari Kepayan.
Perkahwinan tersebut telah berlangsung di Gurdwara Sahib Jesselton.
Perkahwinan campur kedua adalah antara Subedar Dewa Singh yang ketika itu berkhidmat dalam pasukan BNBC dengan Inder Kaur pada 5 Ogos 1934.
Kedua majlis tersebut dilansungkan oleh Bhai Kahan Singh, Granthi SinghSahib yang pertama untuk negeri Sabah.
Dalam perkahwinan campur, lelaki Singh tidak menukar agamanya kerana pentingnya kedudukan lelaki sebagai penyambung keturunan dan pengekalan boundary serta identiti etnik mereka.
3.4.5 LATAR BELAKANG DEMOGRAFI NEGRI SARAWAK
3.4.6 MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SARAWAK
3.4.7 KEDATANGAN MASYARAKAT IMIGRAN DI SARAWAK