Mereka bersikap yang keras kepala dan suka melakukan kejahatan. Mereka juga adalah kelompok manusia yang suka berperang, merompak, dan menumpahkan darah, serta menyembah berhala-berhala, bintang-bintang, dan matahari. Mereka memakan apa sahaja apa yang mereka mahu, dan suka melakukan perkara-perkara yang hedonisme-permisif.
Tahun 1258 M - Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol, ini bukan sahaja mengakhiri kekuasaan Khilafah Bani ‘Abbasiyyah di sana, tetapi juga merupakan tanda awal kemunduran politik dan peradaban Islam, kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan peradaban Islam yang sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan itu lenyap dimusnahkan oleh tentera Mongol yang dipimpin Hulagu Khan.
Dalam kejadian itu, Hulagu Khan dan 200 000 orng tenteranya menyerang Baghdad .Oleh itu, tentera ‘Abbasiyyah tidak mampu menentang tentera Mongol lalu lari berkurung di dalam kota. Tentera Mongol terus mengepung kota Baghdad selama 10 hari. Akhirnya, kota Baghdad jatuh ke tangan tentera Mongol.
Tentera Mongol masuk ke kota Baghdad dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad dihancurkan dan kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam telah dikumpulkan dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam (kerana dakwat daripada tulisan kitab-kitab itu).
Pada saat itulah penasihat yang bernama Umayiduddin Muhammad Al-Aqamimengambil kesempatan dengan menipu Khalifah. Umayiduddin berkata kepada Khalifah al-Mu’tasim, "Saya telah menemui mereka untuk perjanjian damai. Hulagu Khan ingin mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Bakr Ibn Mu'tashim, putera Khalifah. Dengan demikian, Hulagu Khan akan menjamin kedudukanmu. la tidak menginginkan sesuatu kecuali kepatuhan, sebagaimana saudara-saudaramu terhadap sultan-sultan Seljuk".
Khalifah al-Mu’tasim menerima usul itu, ia keluar bersama beberapa orang pengikut dengan membawa mutiara, permata dan hadiah-hadiah berharga untuk diserahkan kepada Hulagu Khan. Hadiah-hadiah itu dibahagi-bahagikan Hulagu kepada para panglimanya. Keberangkatan khalifah disusul oleh para pembesar istana yang terdiri dari ahli fiqh dan orang-orang terpandang serta keluarganya. Tetapi, sambutanyang diberikan Hulagu Khan sungguh di luar dugaan Khalifah. Apa yang dikatakan wazirnya ternyata tidak benar. Mereka semua, termasuk wazir sendiri, dibunuh dengan leher dipancung secara bergilir-gilir.