Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA INI - Coggle Diagram
CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA INI
KOMUNIKASI DAN KOLABORASI
.
Komunikasi ialah perhubungan. Kolaborasi ialah kerjasama.
Komunikasi yang baik membolehkan jalinan kerjasama untuk menjayakan sesuatu projek/tugasan bagi mencapai matlamat yang sama.
Tujuan komunikasi ialah menyampaikan berita, mesej, dan maklumat kepada pendengar.
LITERASI TEKNOLOGI, MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Literasi TMK bermaksud kebolehan membaca dan menulis serta menggunakan TMK sebagai media untuk berinteraksi.
Aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatkan mutu pembelajaran, maka kemahiran menggunakan TMK perlu dipindahkan kepada murid-murid secara bersungguh-sungguh
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Guru akan memberi arahan kepada murid tentang projek yang akan dilaksanakan.
Murid dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta melakukan sedikit kajian.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kemahiran Berfikir Aras tinggi (KBAT) adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dan membuat penakulan, serta membuat refleksi.
KBAT dalam konteks KPM merujuk kepada peringkat mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
PENYELESAIAN MASALAH
Dalam konteks pendidikan masa kini, kaedah penyelesaian masalah merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan murid berfikir secara aktif.
Murid menjana idea yang kreatif untuk membentuk beberapa penyelesaian masalah secara sistematik , tersusun , praktikal , dan berkesan.
KREATIVITI DAN INOVASI
Elemen kreativiti dan inovasi penting untuk diterapkan dalam pendidikan.
.
Individu yang kreatif dan inovatif akan menjadikan budaya dalam kehidupan untuk terus menghasilkan idea dan ciptaan baru bagi menambah nilai dalam kualiti khidupan manusia
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Pembelajaran kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dIpelajari dengan pengalaman seharian murid dalam kehidupan sebenar.
Dirancang mengikut konteks persekitaran murid.
HANIF ZAKWAN (PAI 1)