Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN MASA KINI - Coggle Diagram
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN MASA KINI
Flipped Classroom
Kaedah pengajaran flip merupakan satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan penggunaan teknologi
Guru bersama murid membahaskan kesalahan konsep, menyelesaikan tugasan, membuat amali dan ujian
Di luar waktu PdP, guru membekalkan bahan pengajaran secara dalam talian
Persekitaran pembelajaran lebih luas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh murid lebih banyak
Implikasi Pedagogi Masa Kini dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pembelajaran harus berpusatkan murid.
Menjadikan komputer dan TMK sebagai media pengajaran yang utama.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif melibatkan semua murid
Memastikan persekitaran bilik darjah yang kondusif
Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
Blended Learning
Blended learning bermaksud kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti rangkaian komputer dan internet serta media digital.
Disesuaikan dalam pendidikan formal, murid belajar di dalam bilik darjah dan guru menyampaikan isi pengajaran secara interkasi bersemuka.
Di luar PdP, masa pembelajaran tiada had kerana menggunakan media atau atas talian.
Blended learning bergantung kepada usaha memupuk murid melakukan pembelajaran dan menggunakan rangkaian teknologi
Project Based Learning
Pendekatan pembelajaran melalui aktiviti pembinaan yang dijalankan oleh murid untuk mencapai sesuatu tujuan.
Projek pendidikan bermaksud setu kajian yang berlanjutan mengenai seusatu tajuk yang diminati oleh murid.
Membantu murid membina pengalaman pembelajaran secara langsung melalui pemerhatian, percubaan, merekod, dan melapor.
Melibatkan murid menjalankan kajian serta memindahkan ilmu teori kepada aamali.
Problem Based Learning
Pembelajaran berasaskan masalah iaitu kaedah pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau mencapai sasaran tertentu
Memberikan soalan bermasalah sejurus selepas murid memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang berkaitan
Guru tidak perlu membuat ketetapan kepada murid tentang cara yang patut diikuti untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Berikan peluang kepada murid melalui proses pemikiran bersama rakan atau individu.
Inquiry Based Education
Pengajaran berasaskan inkuiri adalah satu kaedah pengajaran yang menggabungkan rasa ingin tahu pelajar dan kaedah saintifik untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal pelajar melalui pembelajaran.
Pelajar perlu mengemukakan soalan apabila menghadapi masalah yang mereka tidak faham, mereka perlu merumuskan soalan-soalan, meneroka masalah, memerhati, dan mengaplikasikan maklumat baharu dalam memohon pemahaman yang lebih baik di dunia.