Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perbezaan Dari Perspektif Asas (Fundamental) - Coggle Diagram
Perbezaan Dari Perspektif Asas (Fundamental)
Perbankan Islam
Wahyu daripada Allah
Allah S.W.T sediakan kepada manusia Al-Quran & Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan contoh bagaimana mengendalikan 'manual' tersebut sepanjang hidup kita
Iman & Taqwa
Pelaksanaan sistem Islam memerlukan iman dan taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah adalah amanah. Setiap amanah tidak akan dipandang rendah oleh setiap mukallaf yang bertaqwa.
Tanggungjawab Agama
Tanggungjawab melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya pengharaman riba.
Mematuhi Perintah Allah
Setiap aktiviti seperti membangunkan produk-produk baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan halan dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.
Redha Allah & Manusia
Setiap urusniaga yang dijalankan akan berpayungkan kehendak Islam dan mencari keredhaan Allah S.W.T semata-mata serta mengambil kira masalah manusia.
Keadilan Matlamat Utama
Adil ialah meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Keadilan dalam Islam ialah bersifat menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas semua pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah S.W.T kurniakan dikongsi bersama dengan pihak-pihak yang terlibat.
Perbankan Konvesional
Pemikiran Manusia
Bila akal dan pengalaman manusia dijadikan asas rujukan, maka ia terdedah kepada seribu satu macam kelamahan kerana manusia itu lemah
Kepuasan Duniawi
Dalam pengendalian perbankan konvesional, terdapat banyak perkara yang demikian dan tidak sehaluan dengan kehendak Islam berlaku
Tuntutan Manusia
Berasakan semata-mata pemikiran manusia ,maka terlalu banyak aktiviti yang bercanggah dengan Islam termasuklah sistem riba yang menjadi paksi kepada sistem perbankan konvesional
Melanggar perintah Allah
Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang dilakukan akan dicatat oleh para malaikat sama ada beroleh dosa atau pahala
Redha Manusia
Tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang akhirnya boleh membawa kepada kecelakaan di dalam kehidupan mereka. Ini terbukti dengan keingkaran mentaati perintah Allah S.W.T dalam urusniaganya iaitu semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi.
Keuntungan Matlamat Utama
Amalan urusniaga yang terkeluar dari orbit Islam menyebabkan keadilan itu tidak dapat disertakan dengan sempurna