Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN - Coggle Diagram
CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Isu-isu keguruan
Sebahagian guru kaunseling kurang memahami harapan sekolah, kabur tentang tugas dan peranan profesional serta gagal memberikan penyelesaian secara efektif kepada masalah yang dihadapi oleh organisasi.
Guru masih belum cekap atau tidak tahu melaksanakan pengajaran menggunakan TMK serta kekurangan pengetahuan & kemahiran menggunakan komputer.
Bilangan guru yang mengajar Pendidikan Khas bukan guru yang datang daripada opsyen Pendidikan Khas. Kekurangan ilmu menyebabkan murid ketinggalan dalam pendidikan.
Kegagalan guru permulaan dalam membuktikan mereka benar-benar profesional.
Kelebihan menyertai persatuan profesional
Meningkatkan pengetahuan
ahli dapat meningkatkan pengetahuan & kemahiran dengan menyertai bengkel, kursus, latihan, kumpulan perbincangan yang dianjurkan oleh persatuan.
Menjadi pemimpin
Persatuan profesional memberi peluang kepada ahli untuk membangunkan kemahiran sebagai pemimpin dan dapat merangsang untuk mencapai kecemerlangan dalam tugas.
Meluaskan jaringan
ahli mendapat mentor yang boleh membantu keperluan profesional atau ahli juga boleh menjadi mentor kepada seseorang.
Sokongan dan bantuan
Dengan adanya sokongan & bantuan daripada persatuan masalah yang dihadapi oleh guru dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Menyumbang kepada komuniti
Membantu anak komuniti dalam pelajaran, membantu kalangan ahli komuniti yang kekurangan atau hal-hal kebajikan.
Kepentingan pertubuhan bukan kerajaan
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru
Guru Persatuan Bulan Sabit Merah yang perlu mempunyai pengetahuan & kemahiran berkaitan rawatan dan kesihatan dapat memperolehnya melalui pelibatan dalam kursus.
Menangani masalah disiplin murid
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) bersama-sama pihak sekolah untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang bahaya dadah.
Mewujudkan permuafakatan dan kerjasama
Permuafakatan & kerjasama dengan badan bukan kerajaan dapat dilaksanakan melalui sumbangan dana dan kepakaran seperti mengadakan ceramah motivasi dengan menaja penceramah yang berkaliber.
Faktor kesediaan guru untuk berubah
Guru yang bersikap positif terhadap tugas serta bersedia untuk bekerjasama dengan rakan guru yang lain akan mewujudkan budaya kerja yang sihat.
Faktor motivasi menjadi pendorong yang dapat menyuntik semangat & keyakinan guru untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah kepada mereka.
Pemimpin sekolah berperanan untuk mewujudkan kesediaan terhadap perubahan dalam kalangan guru bagi memastikan kejayaan kepada perubahan yang dilaksanakan.
Pengetahuan dan kemahiran perlu dipertingkatkan kerana ini akan memberikan keyakinan dan kepercayaan dalam diri guru untuk berhadapan dan melaksanakan perubahan.