Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
5.6 MISI NASIONAL (2006 - 2020) - 5 Teras Utama Misi Nasional …
5.6 MISI NASIONAL (2006 - 2020) - 5 Teras Utama Misi Nasional
Fatin Nabilah -57214221037-
1) meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
mengambil kira beberapa perkara:-
mewujudkan pekerjaan baharu & meningkatkan peluang pekerjaan terutamanya dalam kegiatan yg berteknologi tinggi dan berintensif pengetahuan
menggalakkan sektor swasta dengan menyediakan persekitaran kondusif untuk menjalankan perniagaan, meningkatkan kerjasama dengan sektor awam serta menarik pelaburan langsung asing yang berkualiti
menjana sumber kekayaan baharu dalam sektor berintensifkan teknologi dan pengetahuan
komunikasi & teknologi (ICT)
bioteknologi
informasi
perkhidmatan berasaskan kemahiran
memupuk budaya kecemerlangan dan prestasi tinggi dalam sektor awam dan swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan
meningkatkan produktiviti, daya saing dan nilai tambah dalam kegiatan pertanian, pembuatan & perkhidmatan yang sedia ada
mengembangkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia
2) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 'minda kelas pertama'
mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran latihan dan pembelajaran sepanjang hayat kepada tenaga buruh pada setiap peringkat umur
menyediakan persekitaran dan sistem inovasi yang menggalakkan penyelidikan dan pembangunan berkualiti tinggi dan dikomersilkan
mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa bagi memenuhi kehendak majikan
menghalusi dan melaksanakan program yang menggalakkan pembangunan moral yang kukuh dan budaya beretika
meningkatkan pencapaian sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan utama
memperkasakan belia dan wanita untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam pertumbuhan dan pembangunan negara
melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan secara menyeluruh mulai peringkat prasekolah sehingga ke pringkat tinggi, meliputi aspek kurikulum, pengajaran dan kemudahan sekolah untuk meningkatkan taraf sekolah di luar bandar
3) menangani masalah ketidakseimbang sosioekonomi yang berterusan secra membina & produktif
melahirkan generasi baharu usahawa dan perusahaan bumiputera yang berdaya saing
merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar
memajukan wilayah kurang membangun menerusi pusat pembangunan wilayah
mengurangkan jurang di antara penduduk bandar dengan luar bandar, antara negeri dan antara wilayah melalui penjanaan pendapatan dan akses kepada keperluan asas
pendidikan
penjagaan kesihatan
utiliti
perumahan
pengangkutan
menggalakkan peluang pekerjaan sama rata bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pekerjaan, di samping meningkatkan integrasi dalam kalangan kumpulan kaum
membasmi kemiskinan tegar, di samping mengurangkan kemiskinan meyeluruh
menggalakkan peluang pekerjaan sama rata bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pekerjaan di samping meningkatkan integrasi dalam kalangan kumpulan kaum
4) meningkatkan tahap kemampanan kualiti hidup
menyediakan pengangkutan awam yang baik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan penggunaan bahan api
meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan dan rumah mampu dibeli atau disewa
meningkatkan kecukupan dan keberkesanan tenaga termasuk mempelbagaikan sumber tenaga dan dan kecekapan bekalan tenaga air
memastikan keselamatan dan ketenteraman awam
memastikan perlindungan alam sekitar yang baik dan penggunaan sumber asli dengan lebih cekap
meningkatkan perkembangan kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia
5) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
memperbaiki penggunaan dan kecekapan kos dana sektor awam dengan menggamalkan kewangan berhemat, serta meningkatkan pemantauan pelaksanaan
melipatgandakan usaha untuk menangani rasuah nyata dan tidak nyata dalam sektor awam dan sektor swasta
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam menerusi pengukuhan urus tadbir, memperkemaskan proses pentadbiran dan pengukuhan prestasi
meningkatkan urus tadbir korporat dan sistem penyampaian perkhidmatan sektor swasta dengan menambah baik rangka kerja perundangan dan kawal selia