Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
AGEN SOSIALISASI - Coggle Diagram
AGEN SOSIALISASI
KELUARGA
Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak sejak kecil lagi.
Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat-menghormati.
Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.
Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza
Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak mereka
Proses sosialisasi yang dilakukan dalam keluarga (orang tua) bisa dengan cara memberikan dorongan atau motivasi kepada anak-anaknya tentang perilaku dan tindakan yang baik dalam aturan atau norma di masyarakat tersebut
AGAMA
-
-
Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia
Agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya
SEKOLAH
Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas.
Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah
-
RAKAN SEBAYA
Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja.
Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah.
Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini.
MEDIA MASSA
Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang.
Proses sosialisasi melalui media massa ruang lingkupnya lebih luas, seperti pada iklan-iklan yang ada pada media massa, seperti iklan gaya hidup, fashion, pola-pola konsumsi, dan perilaku-perilaku lainnya yang didapat dari iklan tersebut.