Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengaruh Tamadun Jepun di Malaysia - Coggle Diagram
Pengaruh Tamadun Jepun di Malaysia
Politik
Sistem Berparlimen
mengamalkan sistem parlimen dwidewan iaitu terdiri daripada Dewan rakyat dan Dewan Negara.
Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 orang ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun dan selepas itu pilihan raya yang baharu akan diadakan.
Relevensi : Sistem parlimen dwidewan ini relevan diamalkan adalah kerana penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang.
Sistem Demokrasi Berparlimen
Jepun menggunakan slogan ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
Sistem Demokrasi Berparlimen Jepun dan Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berpelembangaan.
Malaysia pula mengutamakan kebebasan rakyat di mana rakyat bebas bersuara dan berhak memilih kerajaan yang memimpin negara.
Relevansi : sistem demokrasi berparlimen diamalkan oleh Malaysia kerana sistem ini menggambarkan suatu sistem yang member keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat
Perdana menteri
Tugas Perdana Menteri Jepun ialah sebagai ketua kerajaan, begitu juga dengan Malaysia.
Perdana Menteri di lantik melalui undian dari kalangan ahli-ahli Parlimen.
Maharaja Jepun melantik Perdana Menteri berdasarkan keputusan parlimen Jepun, dan memberi penekanan atas pelantikan menteri-menteri kabinet.
Bagi Malaysia, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan dengan automatiknya Perdana Menteri menjadi ketua pemerintahan Malaysia.
Relevensi : sistem yang adil dalam pemilihan ketua Negara. Setiap Negara harus diterajui oleh seorang pemimpin yang berwibawa bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran Negara tersebut.
Sistem raja berpelembagaan
Jepun mengamalkan sistem negara raja berpelembagaan yang amat mengehadkan kuasa Maharaja Jepun
Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja yang juga merupakan ketua Negara Jepun.
Relevensi : Malaysia juga diketuai oleh seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di mana baginda merupakan ketua Negara Malaysia dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Semangat nasioanlisme
Semangat Nasionalisme Jepun dari dahulu lagi menyemaikan sikap anti imperialism Barat.
Kekalahan British di tangan Jepun meningkatkan lagi semangat nasionalisme rakyat tempatan.
Di Malaysia, semangat nasionalisme amat berkembang pesat. Ramai di antara rakyat Malaysia yang menerima latihan daripada Jepun, bersekolah Jepun, bekerja dengan Jepun atau menyertai pasukan-pasukan tentera Jepun.
Relevensi : pandangan rakyat tempatan di Tanah Melayu terhadap British telah berubah dan inginkan kebebasan atas bantuan
Agama
agama Shinto
Agama Shinto adalah agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti “Jalan Tuhan’ (kami-no-michi).
Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan simbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara.
Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur kerana terdapat 8 juta Dewa Dewi yang dipercayai oleh masyarakat Jepun
Salah satunya adalah Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami). Dewi Matahari adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari.
Masyarakat Jepun tidak mempunyai nabi, pengasas, atau kitab suci. Pendeta Shinto telah menyusun dan menulis kitab untuk rujukan –Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran Shinto
Dalam agama Jepun, mereka tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk Maharaja dan Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.
Budhha
Ajaran Buddhisme mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi.
Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan mematuhinya.
Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi “Tiga Harta Suci” iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, Beliau juga menghantar pelajar ke China untuk mempelajari ajaran Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha
.Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan.
Ajaran ini diminati kerana memberi penekanan kepada moral. Ajaran ini juga terkandung dalam Perlembagaan 17 Artikel.
Pada zaman Shogun Tokugawa ajaran ini menjadi asas dalam pembinaan negara.
Relevensi : mengamalkan kebebasan beragama sejajar dengan pelbagai kaum di Malaysia. Namun, agama rasmi adalah agama Islam kerana majoriti penduduk di Malaysia beragama Islam dan berketurunan Melayu
Pendidikan
Konsep taat setia kepada pemimpin atau Negara sebagai landasan dalam pembentukkan sistem pendidikan
Konsep taat setia kepada pemimpin atau Negara sebagai landasan dalam pembentukkan sistem pendidikan bermula pada zaman Meiji-reformasi pendidikan.
Sistem pendidikan bertunjangkan kepada taan setia kepada pemimpin serta penekanan kepada pendidikan nilai dan pembinaan disiplin ilmu.
Contohnya pada tahun 1980, perintah Diraja tentang pelajaran yang menghuraikan tentang kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi di Jepun
Malaysia pula berpegang kepada Falsafah Pendidikan di Malaysia dan konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (lampiran 1) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.
Relevensi : berdasarkan objektif pendidikan Negara, proses pendidikan dapat melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara.
Penekanan kepada perkembangan individu dari segi jasmani, rohani dan intelek
Zaman pemerintahan Meiji, pelajar-pelajar dihantar ke Negara Barat untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi.
Mengikut carta kedudukan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa yang disusun oleh OECD (lampiran 2) tahap pengetahuan dan kemahiran remaja Jepun berusia 15 tahun berada di tannga keenam terbaik.
Jepun meningkatkan latihan ketenteraan untuk perkembangan jasmani rakyatnya dan penerapan dari segi rohani pula penerapan agama dan nilai dijadikan pegangan.
Rakyat Malaysia pula masih berpegang kepada FPK untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Relevensi : • Jasmani ; tumpuan kepada kesihatan tubuh badan, penjagaan kesihatan, riadah, penggunaan bakat dan kemahiran teknikal dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal untuk kepentingan masyarakat.
• Intelek : cintakan ilmu pengetahuan, manfaatkan ilmu untuk diri, masyarakat dan Negara, gemar membaca, berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan
Rohani : sifat kejiwaan dan kebatinan seperti menyedari adanya pencipta, mensyukuri nikmat, perasaan sedar dan insaf terhadap tanggungjawab,dan berakhlak mulia.
Cintakan ilmu
Rakyat Jepun menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam terhadap maklumat-maklumat.
Pada akhir tahun 1888, terdapat hampir 30,000 pelajar yang menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo.
Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja dan pelajarnya disajikan dengan kisah kejayaan dari Timur dan Barat.
Di Malaysia, penuntut dihantar ke luar Negara untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang iaitu bidang sains, pentadbiran dan teknologi. Penerokaan dalam bidang ilmu juga dilakukan di mana Malaysia mengambil tenaga pengajar dari luar ke Malaysia dan membuat sistem tukaran pelajar antara Negara.
Relevensi : masyarakat di Malaysia digalakkan mencintai ilmu pengetahuan dan menimba ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat dan mengadakan kempen membaca dan cintakan ilmu