Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Aktiviti 2 : Faktor kebangkitan Negara Jepun sebagai negara maju selepas…
Aktiviti 2 : Faktor kebangkitan Negara Jepun sebagai negara maju selepas Perang Dunia II
Faktor Politik - Pindaan Perlembagaan 1889.
Perdana menteri Jepun Shidehara Kijuro telah melantik satu jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengadakan pindaan yang perlu ke atas perlembagaan.
Namun pindaan-pindaan perlembagaan itu tidak memuaskan hati Majlis Tertinggi Kuasa Berikat(MTKB) dan MTKB sendiri yang merangka satu perlembagaan baru dan diserahkan kepada maharaja untuk dipertimbangkan dan akhirnya perlembagaan baru telah tercipta iaitu Perlembagaan 1947.
Diet merupakan kuasa dan perundangan tunggul dalam negara,
maharaja menjadi ketua negara dan lambang perpaduan rakya
Kuasa maharaja dikurangkan menjadi Raja Berpelembagaan.
Pengenalan kepada demokrasi dimana wujudnya Dewan Rakyat dan Dewan Majlis yang merupakan badan terpilih.
badan kehakiman juga ditubuhkan dimana perlembagaan baru telah mengiktiraf prinsip badan kehakiman yang bebas daripada badan eksekutif kerajaan.
Penyelia pentadbiran dalam sistem undang-undang dialih kepada menteri keadilan.
Jalan Kearah Akhlak dan Etika
Pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu mata pelajaran yang dinamakan "Jalan ke arah Akhlak" dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
Kanak-kanak di sekolah akan membersihkan sekolah setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru.
Rakyat Jepun dididik sejak kecil untuk menghargai masa, buktinya kadar kelambatan keretaapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja setahun.
Sikap bekerjasama
Pada asasnya, sebelum seorang individu (kanak-kanak) belajar mengenai akademik, mereka akan diajar dan dilatih untuk mempunyai nilai-nilai yang baik seperti bekerjasama.
Amalan sikap kerjasama ini telah menyumbang ke arah kemajuan negara Jepun dalam banyak aspek. Contohnya, kebersihan, pembangunan dan teknologi.
Masyarakat Jepun tidak mengamalkan sikap individualistik tetapi mengamalkan sikap bekerjasama dalam mencapai suatu matlamat. Walaupun suatu kerja itu melibatkan banyak individu dalam satu kumpulan tetapi mereka tetap menyelesaikannya bersama dan tiada yang mencuri tulang. Hal ini kejayaan dapat dicapai dengan lebih pantas disebabkan sikap tanggungjawab mereka untuk bekerjasama.
Di sekolah, tiada pekerja kebersihan. Hal ini kerana mereka dilatih untuk membersihkan kelas dan sekolah bersama-sama. Setiap hari kanak-kanak ini akan bergotong-royong membersihkan sekolah mereka selama 20 minit bersama-sama dengan guru. Perkara ini bukan sahaja melatih mereka untuk bekerjasama dalam mencapai suatu kejayaan malah ia melatih mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan.
Pembaharuan Ekonomi oleh Negara Jepun :
Menggunapakai sistem yang dinamakan "Inclined Production Mode" -
merujuk kepada peningkatan pengeluaran yang berfokuskan kepada pengeluaran bahan mentah (keluli, arang batu, kapas).
Pengeluaran tekstil _23.9% daripada keseluruhan pengeluaran industri
Kerajaan Jepun menyokong pengambilan tenaga buruh baru terutamanya wanita
Membantu memulihkan ekonomi Jepun
Undang-undang dalam pengambilan pekerja
Sekatan terhadap pengambilan pekerja berlainan negeri dan penempatan semula pekerja
Larangan pengambilan secara langsung pekerja lepasan sekolah
Pengambilan secara langsung pekerja bukan lepasan sekolah di bawah peraturan yang dikeluarkan Kementerian Buruh
Sikap orang Jepun yang tidak mudah putus asa
Setelah pilihan raya Jepun 1946 diadakan, rakyat Jepun bersama-sama dengan barisan pimpinan kerajaan yang baru, berganding bahu membanting tulang membina semula negara mereka yang telah musnah
Perasaan malu mereka kerana kalah dalam peperangan dunia kedua menjadi sumber motivasi mereka dalam menunjukkan kepada dunia kuasa sebenar Jepun
Pembangunan infrastruktur dan ekonomi diberi tumpuan.
pemimpin Jepun juga sedar akan bahayanya nasionalisme yang tidak terkawal
Perdana Menteri Yoshida Shigeru (1946–1954) telah memperkenalkan ‘Doktrin Yoshida’. Suatu polisi yang telah menggariskan halatuju negara Jepun yang baharu ini adalah sebagai sebuah negara damai yang cintakan keamanan. Dalam kata yang lain, sebuah negara ‘pacifist’.
Perlembagaan 1947 yang dirangka bersama dengan Amerika Syarikat, terdapat satu klausa khas yakni Perkara 9 (Article 9) yang dikenali sebagai ‘ the Peace Clause’
Dalam klausa tersebut, Jepun buat selama-lamanya menidakkan “peperangan sebagai hak kedaulatan negara