Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Rasulullah telah menunjukkan sikap sebagai ketua negara yang menepati…
Rasulullah telah menunjukkan sikap sebagai ketua negara yang menepati ajaran Islam. Bahaskan.
RASULULLAH MEMEGANG PRINSIP KEADILAN DALAM KEPIMPINAN BAGINDA
Allah berfirman dalam Surah As-syura ayat 15,
Maksudnya: dan katakanlah, Aku beriman kepada semua kitab yang diturunkan Allah
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
tidak menyeleweng dari ajaran dan syariah Islam seperti mana Rasulullah menyampaikan dakwah berlandaskan Al-quran dan petunjuk Allah
mempunyai akhlak yang mulia
Rasulullah sentiasa menjamin kebahagiaan umatnya dengan tidak menzalimi umatnya dalam berdakwah
Rasulullah tidak memerangi orang kafir dan yahudi walaupun mereka membenci Islam dan menzalimi umat islam dan tidak memaksa mereka tetapi menyebarkan ajaran islam dengan baik
MEMBINA PERPADUAN DAN MENYATUKAN UMAT
semasa peristiwa hijrah ke Madinah Rasulullah telah menyusun strategi untuk membina perpaduan di kalangan umat Islam
Baginda melancarkan satu kaedah yang dikenali sebagai sistem persaudaraan iaitu dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar
strategi Baginda memberi momentum yang kuat kepada sebuah negara baru pada masa tersebut dan hasilnya Madinah menjadi sebuah negara yang kuat walaupun terus-menerus menghadapi ancaman
Pemerintahan Rasulullah s.a.w. tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Mematuhi sistem ekonomi yang diasaskan daripada al-Quran yang menekankan keadilan.
Melaksanakan perintah al-Qur’an dari segi kehidupan sosial yang aman, makmur dan harmoni.
Melaksanakan sepenuhnya sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh al-Quran.
Mewujudkan beberapa jawatan pentadbiran
Sistem pentadbiran secara syura
Keunggulan Rasulullah s.a.w. sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam, malah oleh pengkaji sejarah daripada kalangan masyarakat bukan Islam.
Jules Masserman,
“Pemimpin yang agung perlu melaksanakan tiga fungsi penting iaitu: memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, mewujudkan satu sistem sosial yang selamat dan terjamin serta menanamkan satu nilai kepercayaan yang dapat dijadikan panduan dan dikuti. Tokoh-tokoh terkenal seperti Pasteur dan Salk telah dapat memenuhi fungsi pertama, manakala Alexander, Caeser dan Hitler pula berjaya memenuhi fungsi kedua. Namun Muhammad telah berjaya memenuhi ketiga-tiga fungsi kerana itu beliau adalah pemimpin yang paling hebat dalam sejarah.”
Berlandaskan al-Quran
MENDAULATKAN PRINSIP-PRINSIP ASAS YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT
menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda
Mempraktikkan amalan syura dalam peperangan
Amalan Syura; sistem secara perundingan dan mesyuarat seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan bidang ketenteraan.
Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam
Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
Sentiasa adil kepada kawan atau musuh.
Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah
MENUNJUKKAN SIKAP KEPIMPINAN SETELAH MENJADI RASUL
Baginda menyempurnakan tugas-tugas kepimpinan demi kepentingan umat Islam.
ANTARA TUGAS-TUGASNYA:
1) Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui perjanjian Aqabah pertama dan kedua
2) Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar
3) Mengadakan hubungan diplomatik contohnya menghantar perwakilan Islam ke Habsyah, Rom, Parsi dan Mesir
4) Memperkenalkan sistem Syura untuk membuat keputusan dalam semua bidang secara kolektif
5) Diiktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah.
Ketua negara Islam yang pertama